Friday, 2 May 2014

Manfaat Jamu Maharani




Teks: Siti Nurulhusna Hashim
Imej: Koleksi Peribadi DDM Nurulhusna
Peringatan mesra: Testimonial ini ikhlas untuk kemaslahatan kaum wanita. Jadi pinta saya usah disensasikan.

Bismillah
Assalamualaikum wbt

Udara bersih dan nyaman di petang Hari Pekerja ini. Kenderaan bertali-arus di jalan raya. Masing-masing mahu memanfaatkan cuti nan sehari untuk berjalan-jalan dengan yang tersayang.

Dalam kesejukan dan kenyamanan suasana, tidak kurang juga antara kita yang mengalami sengal-sengal badan, lenguh-lenguh anggota dan rasa berbisa di sendi-sendi. Itulah kita kaum wanita baik yang masih anak dara hinggalah ibu-ibu yang melahirkan anak ataupun masih mencuba. Ada sahaja masalah kewanitaan dan kesihatan yang merunsingkan fikiran kita bukan?

Baiklah, terus kepada kebaikan jamu Maharani. Produk Te Zhi Bai Feng Wan ini lebih mesra dengan panggilan Maharani kerana jamu ini adalah amat sinonim dengan Maharani Ci Xi semasa Dinasti Ming.

Dikatakan, antara ramai- ramai maharani dan 3000 gundik maharaja, Maharani Ci Xi lah yang menjadi pujaan Maharaja. Ini kerana kulitnya yang halus dan kesihatan dalamannya yang mengagumkan. Baginda juga masih mengalami haid sehingga kemangkatannya di usia 90 tahun!

Berdasarkan pengalaman saya, jamu ini menambahkan stamina tatkala kelesuan dan juga mengubati lenguh dan bisa badan saya. Selepas sembuh dari luka pembedahan, saya terus amalkan jamu maharani untuk kesihatan dalaman.

Walaupun saya ambilnya dalam dos yang kecil, suami ada bertanya kepada saya, "Kenapa ........... ya? Makan ubat apa?"

Ya, manfaatnya juga sampai kepada suami. Teringat ketika menjalani ujian PAP smear, jururawat bertugas juga bertanyakan jamu apa yang makan kerana katanya, pertama kali jumpa yang 'begini'.

Sewaktu zaman anak dara dahulu, saya dapati, kulit, rambut dan kuku saya semakin cantik dan bersinar. Ditambah dengan kedatangan haid yang teratur, lancar tanpa kesakitan.
Sahabat saya yang mengalami pori-pori besar di wajah menggelarkan maharani sebagai 'botox'. Ini kerana kulit wajahnya beransur jelita, pepori mengecil dan rembesan minyak berkurangan. Alhamdulillah.

Sekotak terdiri daripada 6 bebola. Setiap bebola mengandungi 50 biji pil. 6 bebola ini adalah untuk kegunaan sebulan.

Saya berharap dengan perkongsian ini, lebih ramai wanita mendapat manfaat dan sihat dari dalam berasbabkan jamu maharani ini.

Insha Allah

Sekian
Wassalam wbt

Thursday, 1 May 2014

BBplus Collagen, Kualiti Terbaik Harga Terlajak Jimat

Bismillah

Assalamualaikum wbt

Seawal usia 25 tahun rangkaian kolagen makin merosot dan mengurangkan keanjalan kulit dan kesan ketara terlihat pada wajah kita

Faktor usia, cabaran dan pemakanan membuatkan kulit tua daripada usia. Lebih menyedihkan, kesan ketara kelihatan pada wajah.

Kolagen yang diekstrak dari ikan laut dalam jauh dari pencemaran menjadikan BBplus Collagen amat berkualiti. 5000mg kolagen dalam setiap sachet!

Dirumus khas dengan vitamin C dan kofaktor kofaktor lain yang membantu keberhasilan pembaikan dan penghasilan kolagen yang penting untuk keremajaan sel sel, tisu tisu serta tulang rawan pada badan.

Kandungan: kolagen ikan terhidrolisis, ekstrak biji anggur, vitamin c, jus bunga roselle, jus blackcurrant, serat epal dan inulin.

PERHATIAN: warna, tekstur dan rasa setiap batch pengeluaran mungkin berbeza kerana ramuan semulajadi yang digunakan.

PM untuk harga menarik!

Sekian

Wassalam wbt

Wednesday, 30 April 2014

Kenapa Produk Hai-O M Saya Gelar Produk Jimat Belanjawan?


Teks: Siti Nurulhusna Hashim
Imej: Koleksi Peribadi DDM Nurulhusna

Bismillah
Assalamualaikum wbt

Di Testimonial Produk Hai-O Marketing dan Fanpage Produk Jimat Belanjawan, Insha Allahuta'ala kita boleh dapatkan produk terbaik di samping menjimatkan wang.

Iyalah kan, di zaman terik dan perit tambah getir ini, disamping memperbanyakkan zikrullah, selawat ke atas Nabi Muhammad saw seisi keluarga baginda, haruslah kita ada strategi berbelanja.

Contohnya, jika ingin kulit sihat tanpa cela dan masalah disamping mahukan pengalaman bagaikan di spa, triknya ialah dengan menggunakan Mineral Essence Beauty Bar. Sekotak terdiri dari tiga ketul sabun hijau yang mewah lagi menawan berharga RM105.00.

Bagi kegunaan seisi keluarga, seketul itu mampu bertahan hingga sebulan lebih! Jika untuk kegunaan persendirian ditambah dengan cara menyimpan sabun yang betul, 6 bulan lebih adalah rekod yang pernah dicipta oleh ibu dan ayah saya (masing masing seorang seketul sabun).

RM35 bahagikan dengan 40 hari, rawatan kulit dan terapi spa kita hanya serendah RM0.88 sahaja! Jikalau RM35 bertahan hingga 180 hari? Masha Allah, bayangkan rawatan kutil, jerawat dan gatal-gatal di badan, warna kulit yang tidak sekata, jerawat di muka dan lain-lain lagi bernilai hanya RM

Ini sudah tentu pilihan yang genius. Sejuta kali lebih baik daripada mandi dan mendapat manfaat wangi tetapi tidak menyelesaikan masalah yang menghantui hidup kita.



Sekiranya tuan atau puan mahu tahu trik menyelamatkan duit poket kalian dalam perbelanjaan sehari- harian, silakan berhubung dengan saya Snh Nurulhusna di mukabuku. Insha Allah saya akan menjawabnya satu per satu.

Sehingga ketemu di lain masa, biiznillah.

Sekian.

Wassalam wbt

Wednesday, 23 April 2014

Promosi April 2014

Bismillah
Assalamualaikum wbt

Bagi puan puan yang sudah mempunyai set premium beautiful classic, puan puan bolehlah maju selangkah dengan memiliki set Premium Beautiful Elegance. 

Berikut proses memilikinya.

Setkan temujanji
Konsultasi dan penentuan saiz
Dapatkan set dari stokis
Demonstrasi pemakaian yang betul
Nasihat penjagaan

Insha Allah, semoga semua pemilik premium beautiful berpuas hati dengan servis yang saya berikan.

Menarik! April 2014 transaksi TUNAI satu set, percuma lipstik COZUMA berkolagen atau sleep dress dan pekatan pencuci premium beautiful.

Jom berPREMIUM BEAUTIFUL macam dato siti, macam rozita che wan, insha Allah suami pandang tak lepas.

Sekian

Wassalam wbt


p/s: sila PM Produk Jimat Belanjawan di mukabuku untuk lain-lain promosi. 

Saturday, 5 April 2014

Promosi April 2014! Premium Beautiful


Teks: Siti Nurulhusna Hashim

Bismillah
Assalamualaikum wbt

Promosi April 2014

Premium Beautiful Classic

PB atau Beautiful. Memang terkenal sebagai asbab dalam usaha:

-MENAMBAH STAMINA WANITA
-MEMBETULKAN KEDUDUKAN LEMAK DAN TULANG BELAKANG
-MENGEMBALIKAN KEYAKINAN ISTERI DI HADAPAN SUAMI
-Dll

Bagi pembelian set pakaian dalam kesihatan dan pembentukan badan ini secara TUNAI, Produk Jimat Belanjawan dan Testimonial Produk Hai-O Marketing berbesar hati menghadiahkan,

1) Sebatang lipstik Cozuma berkolagen tanpa toksik.

2) Pekatan Pencuci Pakaian Dalam Premium Beautiful.

Jom, sempat lagi untuk bakal pengantin tengah tahun ni, ibu ibu berpantang, mahupun kawan kawan yang ingin lebih sihat, sempat lagi tampil segak bergaya Aidil Fitri ni!

Oh ya! Ini semua stok BARU, direct dari stokis punya ;)

Insha Allah, Rundingan tip top! PM saja saya Nurulhusna Snh ;)

Sekian,

Wassalam wbt

Wednesday, 26 March 2014

Rangkaian Marine Essence; BerSPA di Rumah

Teks: Siti Nurulhusna Hashim

Bismillah

Assalamualaikum wbt

Bila teringat cerita emak, zaman anak-anak masih bayi lagi,  emak dan ayah kita mandikan kita, disabun disyampu, wangi dari pagi sampai ke petang. Menjelang petang, bau wangi belum hilang, dimandikannya kita lagi. Memang daki tidak sempat terkumpul di badan kita.

Kemudian, tiba zaman anak-anak; kita sudah pandai mandi sendiri. Disebabkan kita ini kanak-kanak yang gemar mencuba, kita mandi sungai, berkubang, main pasir, main tanah panjat pokok dan sebagainya. Memang 'belemoih' kata orang 'Utagha'. 

Tetapi zaman beralih lagi. Kita menginjak remaja, kita sudah pandai pakai facial foam, conditioner, lip balm semua. Waktu mandi haruslah berjam-jam sampai berkilat bilik mandi kita sental. Ya lah, sudah berlama-lama dalam bilik air, lebih afdhal buatlah keja amal sikit kan!

Bila masuk alam pekerjaan kita sudah mampu pergi spa. Manjakan diri buat 'facial', 'manicure', 'pedicure', urut badan buang toksik buang 'stress'.


Dan jodoh sampai, dalam pada merancang untuk berkahwin perkara di atas menjadi wajib dan lagi kerap lagi bagus. Impian tampil anggun sebagai ratu sehari dan semuanya mesti sesempurna mungkin.

Rezeki datang lagi, disahkan mengandung, beranak kecil, anak jadi prioriti. Hendak pergi spa, baik beli baju anak, hendak melawa hendak itu hendak ini semua 'hold' sekejap sebab anak mesti diutamakan.

'Hold punya hold', sedar tidak sedar anak daripada seorang bertambah seorang lagi. Rezeki Allah Ta'ala. Tenggelam dalam kesibukan, tengok-tengok kulit semua dah berkarat. Sedih!!

Usah bimbang. Produk Jimat Belanjawan dan blog ini menjual produk terrlajak laris di pasaran. Berkualiti mengalahkan rawatan spa!

Yang paling seronok, tuan tuan dan puan puan tak perlu berkongsi sabun dan peralatan dengan orang yang tidak dikenali. 


Kini kesan-kesan kehitaman di pinggang, bawah lengan dan lain-lain semakin beransur hilang.

Mandi yang sekejap itu jom kita manfaatkan dengan produk yang tip top ni!

Marine essence beauty bar,
Marine essence shampoo
Marine essence body wash
Marine essence toothpaste

Insha Allah kulit lembap, cerah sekata, harum dan mulus tau!

Sekian

Wassalam wbt

Monday, 24 March 2014

Pengumuman: Harga Jualan Berkuatkuasa 22 Mac 2014

Bismillah

Assalamualaikum wbt

Selamat tengahari

Pengumuman
Berkuatkuasa 22hb Mac 2014 iaitu hari ini (Sabtu)

Sebarang penjualan di Produk Jimat Belanjawan dan Testimonial Produk Hai-O Marketing akan mengikut garispanduan Hai-O Marketing SDN BHD

MAKA, jualan harga ahli hanya untuk ahli sahaja dan harga jualan ialah untuk pelanggan yang bukan ahli.

Ini demi persaingan sihat di kalangan peniaga peniaga online. Rezeki milikNya dan kita berniaga seadil mungkin Insha Allah. Maafkan saya kerana ilmu ini saya baru faham. 


Jika saya menjual harga ahli, bagaimana pula dengan agen-agen dropship dan ahli-ahli yang baru hendak bertatih di dalam Hai-O Marketing ini?

Apa apa pun jemput PM ya. 

Sekian
Selamat menunaikan fardhu zuhur kawan kawan

Wassalam wbt