Friday, 2 May 2014

Manfaat Jamu Maharani




Teks: Siti Nurulhusna Hashim
Imej: Koleksi Peribadi DDM Nurulhusna
Peringatan mesra: Testimonial ini ikhlas untuk kemaslahatan kaum wanita. Jadi pinta saya usah disensasikan.

Bismillah
Assalamualaikum wbt

Udara bersih dan nyaman di petang Hari Pekerja ini. Kenderaan bertali-arus di jalan raya. Masing-masing mahu memanfaatkan cuti nan sehari untuk berjalan-jalan dengan yang tersayang.

Dalam kesejukan dan kenyamanan suasana, tidak kurang juga antara kita yang mengalami sengal-sengal badan, lenguh-lenguh anggota dan rasa berbisa di sendi-sendi. Itulah kita kaum wanita baik yang masih anak dara hinggalah ibu-ibu yang melahirkan anak ataupun masih mencuba. Ada sahaja masalah kewanitaan dan kesihatan yang merunsingkan fikiran kita bukan?

Baiklah, terus kepada kebaikan jamu Maharani. Produk Te Zhi Bai Feng Wan ini lebih mesra dengan panggilan Maharani kerana jamu ini adalah amat sinonim dengan Maharani Ci Xi semasa Dinasti Ming.

Dikatakan, antara ramai- ramai maharani dan 3000 gundik maharaja, Maharani Ci Xi lah yang menjadi pujaan Maharaja. Ini kerana kulitnya yang halus dan kesihatan dalamannya yang mengagumkan. Baginda juga masih mengalami haid sehingga kemangkatannya di usia 90 tahun!

Berdasarkan pengalaman saya, jamu ini menambahkan stamina tatkala kelesuan dan juga mengubati lenguh dan bisa badan saya. Selepas sembuh dari luka pembedahan, saya terus amalkan jamu maharani untuk kesihatan dalaman.

Walaupun saya ambilnya dalam dos yang kecil, suami ada bertanya kepada saya, "Kenapa ........... ya? Makan ubat apa?"

Ya, manfaatnya juga sampai kepada suami. Teringat ketika menjalani ujian PAP smear, jururawat bertugas juga bertanyakan jamu apa yang makan kerana katanya, pertama kali jumpa yang 'begini'.

Sewaktu zaman anak dara dahulu, saya dapati, kulit, rambut dan kuku saya semakin cantik dan bersinar. Ditambah dengan kedatangan haid yang teratur, lancar tanpa kesakitan.
Sahabat saya yang mengalami pori-pori besar di wajah menggelarkan maharani sebagai 'botox'. Ini kerana kulit wajahnya beransur jelita, pepori mengecil dan rembesan minyak berkurangan. Alhamdulillah.

Sekotak terdiri daripada 6 bebola. Setiap bebola mengandungi 50 biji pil. 6 bebola ini adalah untuk kegunaan sebulan.

Saya berharap dengan perkongsian ini, lebih ramai wanita mendapat manfaat dan sihat dari dalam berasbabkan jamu maharani ini.

Insha Allah

Sekian
Wassalam wbt

Thursday, 1 May 2014

BBplus Collagen, Kualiti Terbaik Harga Terlajak Jimat

Bismillah

Assalamualaikum wbt

Seawal usia 25 tahun rangkaian kolagen makin merosot dan mengurangkan keanjalan kulit dan kesan ketara terlihat pada wajah kita

Faktor usia, cabaran dan pemakanan membuatkan kulit tua daripada usia. Lebih menyedihkan, kesan ketara kelihatan pada wajah.

Kolagen yang diekstrak dari ikan laut dalam jauh dari pencemaran menjadikan BBplus Collagen amat berkualiti. 5000mg kolagen dalam setiap sachet!

Dirumus khas dengan vitamin C dan kofaktor kofaktor lain yang membantu keberhasilan pembaikan dan penghasilan kolagen yang penting untuk keremajaan sel sel, tisu tisu serta tulang rawan pada badan.

Kandungan: kolagen ikan terhidrolisis, ekstrak biji anggur, vitamin c, jus bunga roselle, jus blackcurrant, serat epal dan inulin.

PERHATIAN: warna, tekstur dan rasa setiap batch pengeluaran mungkin berbeza kerana ramuan semulajadi yang digunakan.

PM untuk harga menarik!

Sekian

Wassalam wbt