Showing posts with label Testimonial Garam Buluh. Show all posts
Showing posts with label Testimonial Garam Buluh. Show all posts

Thursday, 9 January 2014

Cara Merawat Tinea Capitis (Kurap Kepala)

Teks: Siti Nurulhusna Hashim

Imej: Koleksi Peribadi DDM Nurulhusna

Bismillah

Assalamualaikum WBT

Dua tiga menjak ini di Balik Pulau saya lihat ramai kanak-kanak yang dijangkiti kurap kepala. Mungkin kerana mereka berkongsi kedai gunting rambut yang sama agaknya. Bahayanya penyakit jangkitan kurap ini ialah ianya mudah merebak dan menjangkiti perumah baru terutamanya kanak-kanak.

Jangkitan kulat jenis kurap di kepala ini dikenali dengan nama Tinea Capitis. Umum mengetahui jangkitan ini amat sukar dirawat, tambah rumit jika yang dijangkiti itu kanak-kanak di bawah usia 6 tahun kerana kita perlu berjumpa dengan doktor pakar kulit untuk dicadangkan dos ubat yang sesuai. Saya ke kedai 'sen-sei' dan mereka juga tidak berani memberi preskripsi ubat untuk kanak-kank di bawah 6 tahun.

Ubat jenis sapuan yang digunakan untuk merawat jangkitan kulat jenis kurap ini adalah beracun dan diketahui juga ianya mengandungi steroid. Lebih memeningkan kepala, kulat ini liat untuk dihapuskan seterusnya memakan masa hingga berbulan-bulan hingga bertahun untuk sembuh kerana makhluk ini berupaya beradaptasi atau bermandiri dan meniru komposisi perumah dan keadaan persekitarannya.

Jika tidak kena caranya, alamatnya ubat yang digunakan seolah-olah tidak menampakkan kesan kepada kurap kepala ini. Sebenarnya, saya juga menghadapi masalah yang sama apabila anak sulung saya yang berusia setahun lebih dijangkiti Tinea Capitis.

Saya amat risau kerana memang anak ini seorang yang sangat aktif dan jangkitan kulat mengakibatkan rasa gatal kepadanya. Dia tidak berhenti-henti menggaru hingga berdarah dan darah itu bakal membuatkan jangkitan merebak  jika terkena pada tempat yang belum dijangkiti. Bukan sahaja darah, bahkan spora kulat yang kelihatan seperti kelemumur itu juga boleh mengakibatkan jangkitan di kawasan baru.

Memang kasihan kerana jangkitan kurap di kepala menyebabkan rambut mereput di akarnya dan lama-kelamaan akan kawasan tersebut akan botak secara bertompok-tompok. Dengan menyapu ubat antikulat yang beracun, saya perlu tunggu sehingga anak saya tidur lena yang sememangnya mustahil dengan kegatalan itu menyebabkan dia berpusing-pusing di atas tempat tidur. Pernah juga menyapukan ubat tersebut ketika dia sedang jaga, hasilnya, dia menggaru dan kemudian saya perlu kerapkali membasuh tangannya untuk membuang sisa-sisa ubat yang dipegangnya.

Sudahnya saya terus ke stokis membeli Sabun Marine Essence Beauty Bar, Sekotak Garam Buluh dan juga sebotol Marine Essence Hair Shampoo. Lega hati saya kerana saya tidak bimbang lagi anak saya terjilat kesan ubat antikulat tersebut.

Berikut cara saya merawat kurap di kepala dengan menggunakan Produk Hai-O Marketing.

1. Buang spora di kulit kepala. Hati-hati jangan sampai berdarah kerana kulit kepala sangat sensitif.

2. Bilas dengan air suam.

3. Oleskan Sabun Marine Essence Beauty Bar dan gosok perlahan sehingga rata satu kepala dan dengan menumpukan di kawasan sakit. Berhati-hati jangan sampai terkena kuku pula. Biarkan sekejap.

4. Bilas dengan air sebersihnya.

5. Titikkan sedikit air kepada sepeket serbuk Garam Buluh Premier Drink dan sapu secara rata di atas kawasan sakit dan keluar sedikit daripada lingkaran tompokan yang tidak berambut itu.

6. Biarkan kering dan bilas dengan Marine Essence Hair Shampoo.

7. Untuk keberkesanan, Garam Buluh Premier Drink juga boleh diminum atau dicampurkan ke dalam jus bagi memudahkan kanak-kanak mengambilnya.

8. Teruskan rawatan biarpun kulat sudah tidak kelihatan, sebolehnya kurap ini dihapuskan hingga ke akar umbi.

Selain itu, langkah-langkah lain yang perlu diambil perhatian ialah dengan menjaga sikat dan bantal pesakit supaya kerap ditukar dan dibersihkan dan elakkan daripada berkongsi. Kita juga sebolehnya elakkan diri daripada menyentuh kawasan jangkitan sekiranya tangan tidak bersih atau ketika di luar langkah merawatnya.

Alhamdulillah, rambut di kawasan jangkitan cepat tumbuh berbanding dengan menggunakan ubat yang berasaskan steroid.
Gambar semasa awal rawatan

Hari yang sama seperti gambar di atas, rambut masih mereput ketika ini



Sekian perkongsian saya, semoga ianya menjadi manfaat kepada kita semua. Kita berusaha, Allah SWT yang menyembuhkan.

Wassalam WBT

Thursday, 5 December 2013

Garam Buluh Melindungi Permukaan Perut Bayi

Teks: Siti Nurulhusna Hashim

Bismillah

Assalamualaikum WBT

Syukur semalam adik Lina sudah genap dua bulan dan seperti ibu-ibu yang lain, saya akan ke klinik mendapatkan imunisasi untuknya. Di dalam hati kecil saya bimbang juga sekiranya anak kecil ini demam selepas disuntik, namun tabahkan hati. Maafkan saya jika ada yang kegelian membaca testimonial ini, namun inilah ertinya 'testimonial'; cerita benar untuk dikongsikan buat manfaat semua, bukan?

Setelah disuntik, cepat-cepat saya suapkan ubat demam seperti yang disarankan jururawat dan saya tidak tahu apa yang tidak kena, Lina mulai kerap membuang air besar dan membimbangkan saya, keluar bersamanya lendir-lendir seperti hingus. "Sudahlah, adik sakit perut ni", kata saya di dalam hati. Saya sudah melalui pengalaman yang sama dengan abangnya si Lina. Juga kerap buang air besar beserta lendir selepas makan ubat demam. Jikalau lambat bertindak memang cirit-birit lah jawabnya.

Pernah juga saya ke klinik pakar, namun ditempelak doktor kerana katanya saya lambat memberi anak minum susu. Aduhai. Ketepikan hal itu kerana yang terjadi berulang kali  adalah perkara yang sama setelah menelan ubat itu. Adakah ianya hanya kebetulan? Saya bukan ahli dalam bidang perubatan, namun saya lulusan Biologi. Saya faham tentang betapa nipisnya perut si bayi. Bayangkan usianya baru mencecah dua bulan, makanan yang melapik dinding perutnya hanyalah susu ibu yang kandungan airnya adalah lebih banyak dari yang lain.

Makanan yang 'lembut' ini memang sesuai dengan perut bayi yang lembut. Masalahnya bagi saya, perut anak-anak saya kurang sesuai dengan komposisi kimia ubat demam tersebut. Dipendekkan cerita, terus saya 'colekkan' sedikit garam buluh dan saya biar Lina menghisapnya. Alhamdulillah, tiada lagi lendir yang keluar bersama najis. Semuanya kelihatan normal.

Begitu juga halnya dengan si abang jikalau mengalami berak cair yang kerap. Saya akan campurkan sedikit garam buluh ke dalam susunya. Tidak banyak; hanya secubit dan diberi secara kerap kerana abang sudah bijak merasa. Lain sedikit dari rasa susu, pasti dia luahkan kembali.

Sekian perkongsian mengenai garam buluh.

Wassalam WBT.