Showing posts with label Servis Produk Anda. Show all posts
Showing posts with label Servis Produk Anda. Show all posts

Saturday, 14 December 2013

Penapis Air dan Pakaian Dalam Perlu Diservis

Teks: Siti Nurulhusna Hashim

Bismillah

Assalamualaikum WBT

Apa khabar pembaca sekalian? Ramai di antara kalian yang mempunyai tabung air dan pakaian dalam pembentuk badan bukan? Jikalau sudah bertahun dipakai dan tidak pernah diservis, penapis menjadi kurang efisen dan pakaian dalam itu mungkin sudah keras kejung.

Mengapa jadi begitu? Bagi penapis air, setiap katrij mempunyai had umurnya walaupun dengan penjagaan dan cucian yang betul memungkinkan kita boleh melewatkan sedikit tarikh menukarnya. Namun rata-rata yang menggunakan penapis air tidak kira jenama apa masih kurang arif dalam mencuci katrij A sehingga menyebabkannya tergores dengan teruk, berlubang dan yang menyedihkan ialah patah atau tertanggal dari pemegangnya.

Petua mudah dalam mencuci katrij A yang anda boleh lakukan sendiri dan tidak perlu memanggil tukang servis ialah dengan menggunakan berus botol bayi untuk menggosok lembut permukaan yang diselaputi lumpur, karat dan kotoran. Perlu diingatkan, penggunaan span pencuci pinggan mangkuk adalah tidak wajar kerana mengakibatkan pori-pori atau liang-liang pada dinding luar seramik itu tertutup.

Selain itu, gunalah pembuka tabung yang disediakan dan jangan ditutup terlalu ketat sehingga retak pula tabung A yang jernih itu. Bekerja dengan benda yang agak licin ini, anda perlulah berhati-hati supaya tidak menjatuhkannya kerana seramik ini berkemungkinan pecah. Saya juga pernah terjatuhkannya beberapa kali tetapi tidaklah sampai pecah. Mungkin yang sampai di tangan saya untuk diservis, katrijnya jatuh dengan lebih teruk atau dari tempat yang tinggi. Sekali pecah, anda mungkin boleh menggunakan 'Warranty', jikalau dua tiga kali perkara yang sama berlaku, eloklah anda biarkan yang lebih arif melakukannya.

Lain halnya dengan pakaian dalam pembentukan badan Premium Beautiful. Saya sarankan pembeli belajar habis-habisan dengan agen tentang cara memakai, mencuci dan menyimpan set pakaian berharga ini. Tidakkah anda rugi, membeli beribu-ribu ringgit kemudian diputar sekali bersama baju-baju lain di dalam mesin basuh. Penggunaan pencuci baju yang biasa akan menyebabkan fabrik pakaian dalam ini luntur dan menjadi kaku. Kemudian apabila dipaksa pakai ke badan tuannya, pastilah mendatangkan masalah seperti koyak di tempat yang tidak sepatutnya malah tidak sedap dipakai walaupun rasanya ketat dan melekat di badan.

Ya, bercakap mengenai koyakan pada tempat yang tidak sepatutnya, ini menyebabkan pakaian itu tidak boleh dibaiki. Gunalah sabun yang khusus untuknya dan jadikan kebiasaan mencuci pakaian ini dengan tangan  dan bukan dengan mesin kerana boleh menyebabkan tetulangnya senget dan berpintal-pintal. Tidak rugi jika kita ambil masa sedikit belajar dan amalkan cara pakai dengan jelas untuk mengelakkannya rosak. Pakaian ini istimewa dan sudah tentu penjagaannya juga perlu istimewa.

Pesan saya, berbincanglah dengan penjual sebelum anda menyerahkan ribuan ringgit tetapi membeli saiz yang salah. Keadaan badan pengguna adalah berbeza dan ada yang boleh menggunakan saiz yang 2 kali lebih kecil dari ukuran dan ada yang memang perlu menggunakan satu saiz yang lebih besar dari ukuran. Memakai set yang terlampau kecil menyebabkannya koyak dengan lebih teruk lagi tambahan pula cara menariknya ke badan juga tidak kena.

Namun semua masalah di atas Insha Allah boleh dibetulkan setakat mana termampu. Di sini saya ada menawarkan servis BioAura dan Premium Beautiful secara percuma dan hanya di sekitar kawasan pulau, Pulau Pinang sahaja. Maknanya di sini, upah buruh tidak dikenakan, kecuali kos pengeposan dan kos bahan yang ditukar dan digunakan semasa servis sahaja yang perlu dibayar pelanggan.

Sekian, terima kasih

Wassalam WBT