Friday, 27 December 2013

Peluang dan Harapan Tahun Baru 2014

TeksL Siti Nurulhusna Hashim

Bismillah

Assalamualaikum WBT

Beruntungnya kita mempunyai dua titik peluang untuk menanam azam; sewaktu Awal Muharram dan 1 Januari. Kiraan dari hari ini, Jumaat yang terakhir 2013, tahun baru Masehi tinggal empat hari lagi, apa resolusi anda untuk 2014 yang mendatang? Apa pun, semuanya mestilah ada penambahbaikkan dan pembaharuan dan yang paling utama masih belum terlambat bagi sesiapa yang ada keinginan untuk berhijrah ke jalanNya.

Kami sekeluarga sedang dalam perancangan pulang ke kampung halaman suami dan bekalan sedang disiapkan. Tidak dilupakan, persediaan wajib, sekotak Garam Buluh Premier Drink kami bawa bersama. Tambahan kali ini ialah Mineral Coffee untuk 'ubat' mata yang mengantuk dan badan yang pasti lesu dek perjalanan yang jauh.

Di kesempatan ini ingin saya ucapkan selamat tahun baru kepada semua pembaca dan semoga tahun 2014 ini membawa sejuta harapan dan kebaikan kepada kita semua. Amin.

Sekian, terima kasih.

Wassalam WBT

p/s: Jom cari jalan untuk 'cover' kenaikan yang semakin 'bukan-bukan' ini. Berhubung dengan saya DDM Nurulhusna.


Monday, 23 December 2013

'Mind Twist'

Teks: Siti Nurulhusna Hashim

Bismillah

Assalamualaikum WBT

Dunia bisnes bagaikan membuak-buak dengan pelbagai jenis produk kesihatan dan kecantikan dan pilihan adalah di tangan kita dan pesan saya, kaji sedikit sebelum mencuba. Ramai yang naik hairan dengan testimonial yang seperti 'kedai runcit'; makan satu supplement boleh sembuh macam-macam, kita wajib juga hairan jikalau makan sejenis makanan dapat macam-macam penyakit. Baru-lah seimbang pemikiran kita itu, betul kan? Gelak tiga harakat!

Bagi saya, Insha Allah jika sistem badan di baik-pulih, dijaga dengan baik memang macam-macam penyakit akan lari. Jikalau tidak, takkan pepatah Orang Putih berkata "An apple a day keeps the doctor away". Itu orang putih putih suruh makan epal, bagaimana pula dengan Nabi SAW yang menganjurkan kita mengamalkan madu dan barisan makanan sunnah yang lain. Dengan madu sahaja 1001 penyakit Insha Allah terubat.

Kasihan pada kita yang mengikut pengamal epal ini, ubat-ubatan yang kita tahu bahawa ianya dadah kita telan dengan selamba, namun dengan 'makanan' kesihatan, jamu kita lari ketakutan. Bukan mengata orang lain, saya juga begitu. Agak sukar membuang kebiasaan sakit kepala cari Paracetamol. Tidak cukup 250mg, sekarang 'up' lagi 500mg! Seram pula jika teringat mungkin masa hadapan perlu 'up' kemudian 'up' lagi dengan aspirin, ibuprofen ataupun codeine jikalau ada sakit-sakit lain menjelma.

Anda mahu hidup bebas dadah? Jom kita tukar kepada makanan dan produk yang memelihara kesihatan. Langkah anda bermula di sini!

Sekian,

Wassalam WBT.

Saturday, 14 December 2013

Penapis Air dan Pakaian Dalam Perlu Diservis

Teks: Siti Nurulhusna Hashim

Bismillah

Assalamualaikum WBT

Apa khabar pembaca sekalian? Ramai di antara kalian yang mempunyai tabung air dan pakaian dalam pembentuk badan bukan? Jikalau sudah bertahun dipakai dan tidak pernah diservis, penapis menjadi kurang efisen dan pakaian dalam itu mungkin sudah keras kejung.

Mengapa jadi begitu? Bagi penapis air, setiap katrij mempunyai had umurnya walaupun dengan penjagaan dan cucian yang betul memungkinkan kita boleh melewatkan sedikit tarikh menukarnya. Namun rata-rata yang menggunakan penapis air tidak kira jenama apa masih kurang arif dalam mencuci katrij A sehingga menyebabkannya tergores dengan teruk, berlubang dan yang menyedihkan ialah patah atau tertanggal dari pemegangnya.

Petua mudah dalam mencuci katrij A yang anda boleh lakukan sendiri dan tidak perlu memanggil tukang servis ialah dengan menggunakan berus botol bayi untuk menggosok lembut permukaan yang diselaputi lumpur, karat dan kotoran. Perlu diingatkan, penggunaan span pencuci pinggan mangkuk adalah tidak wajar kerana mengakibatkan pori-pori atau liang-liang pada dinding luar seramik itu tertutup.

Selain itu, gunalah pembuka tabung yang disediakan dan jangan ditutup terlalu ketat sehingga retak pula tabung A yang jernih itu. Bekerja dengan benda yang agak licin ini, anda perlulah berhati-hati supaya tidak menjatuhkannya kerana seramik ini berkemungkinan pecah. Saya juga pernah terjatuhkannya beberapa kali tetapi tidaklah sampai pecah. Mungkin yang sampai di tangan saya untuk diservis, katrijnya jatuh dengan lebih teruk atau dari tempat yang tinggi. Sekali pecah, anda mungkin boleh menggunakan 'Warranty', jikalau dua tiga kali perkara yang sama berlaku, eloklah anda biarkan yang lebih arif melakukannya.

Lain halnya dengan pakaian dalam pembentukan badan Premium Beautiful. Saya sarankan pembeli belajar habis-habisan dengan agen tentang cara memakai, mencuci dan menyimpan set pakaian berharga ini. Tidakkah anda rugi, membeli beribu-ribu ringgit kemudian diputar sekali bersama baju-baju lain di dalam mesin basuh. Penggunaan pencuci baju yang biasa akan menyebabkan fabrik pakaian dalam ini luntur dan menjadi kaku. Kemudian apabila dipaksa pakai ke badan tuannya, pastilah mendatangkan masalah seperti koyak di tempat yang tidak sepatutnya malah tidak sedap dipakai walaupun rasanya ketat dan melekat di badan.

Ya, bercakap mengenai koyakan pada tempat yang tidak sepatutnya, ini menyebabkan pakaian itu tidak boleh dibaiki. Gunalah sabun yang khusus untuknya dan jadikan kebiasaan mencuci pakaian ini dengan tangan  dan bukan dengan mesin kerana boleh menyebabkan tetulangnya senget dan berpintal-pintal. Tidak rugi jika kita ambil masa sedikit belajar dan amalkan cara pakai dengan jelas untuk mengelakkannya rosak. Pakaian ini istimewa dan sudah tentu penjagaannya juga perlu istimewa.

Pesan saya, berbincanglah dengan penjual sebelum anda menyerahkan ribuan ringgit tetapi membeli saiz yang salah. Keadaan badan pengguna adalah berbeza dan ada yang boleh menggunakan saiz yang 2 kali lebih kecil dari ukuran dan ada yang memang perlu menggunakan satu saiz yang lebih besar dari ukuran. Memakai set yang terlampau kecil menyebabkannya koyak dengan lebih teruk lagi tambahan pula cara menariknya ke badan juga tidak kena.

Namun semua masalah di atas Insha Allah boleh dibetulkan setakat mana termampu. Di sini saya ada menawarkan servis BioAura dan Premium Beautiful secara percuma dan hanya di sekitar kawasan pulau, Pulau Pinang sahaja. Maknanya di sini, upah buruh tidak dikenakan, kecuali kos pengeposan dan kos bahan yang ditukar dan digunakan semasa servis sahaja yang perlu dibayar pelanggan.

Sekian, terima kasih

Wassalam WBT

Friday, 13 December 2013

Pangkat di dalam Hai-O Marketing

Teks: Siti Nurulhusna Hashim

Bismillah

Assalamualaikum WBT

Apa khabar semua pembaca?Diharapkan anda sihat-sihat sahaja dan sentiasa letakkan pengharapan kepadaNya dalam apa jua keadaan sudah mahupun senang, moga kita sentiasa berada dalam pemerhatianNya. Adalah tersangat rugi jika kita mengeluarkan diri daripada payung Rahmat Ilahi. Pesan yang pertama sekali untuk diri sendiri.

Baiklah, walaupun perniagaan Hai-O Marketing ini sudah dua dekad di tanah air, biarlah saya terangkan sedikit mengenai pangkat ataupun tangga-tangga yang perlu didaki sebelum sampai ke puncak bersama syarikat ini. Peratus Bonus ialah jumlah pulangan balik kepada ahli berdasarkan Nilai Bonus (Bonus Value) belian yang kita buat pada bulan tertentu. Untuk mencapai sesuatu pangkat, kiraan Nilai Mata Terkumpul ( Accumulate Point Value / Total Accumulate Point Value) mestilah seperti di dalam jadual.

Pangkat (Peratus Bonus)/ Nilai Mate Terkumpul

CDM  Crown Diamond Manager (41%)/ 2 000 000 PV
DDM Double Diamond Manager (36%)/ 720 000 PV
DSM  Diamond Sales Manager (31%) /180 000 PV
SSM Senior Sales Manager (26%)/ 60 000 PV
SM Sales Manager (21%)/ 20 000 PV
P6 Pengedar 6  (18%) /15 000 PV
P5 Pengedar 5 (15%) /6 000 PV
P4 Pengedar 4 (12%)/ 4 000 PV
P3 Pengedar 3 (9%) 3 000 PV
P2 Pengedar 2 (6%) /1000 PV
P1 Pengedar 1 (3%)/ 100 PV

Ahli Biasa (Untung Runcit: Harga jual - Harga Ahli)

Untung Runcit 15- 20%
Bonus Prestasi 3% hingga 41%
Bonus Pembangunan SM 15%
Bonus Wawasan 5%
Bonus Tabung Kereta 3%
Bonus Pemisah CDM 3%

--------------------

Sebagai contoh, En. A mendaftar keahlian dengan RM 50.00 dan membeli 6 botol krim BioEver dengan harga ahli RM1140.00. Maka beliau berada di tangga P2 dengan 6% bonus untuk dinikmati pada awal bulan berikutnya.

Dua bulan kemudian, En. A membuat belian sebanyak 13 unit BioZone Car Sterilizer dengan bayaran RM1950. Maka nilai Mata Terkumpul En. A setakat ini ialah 3090PV dimana En. A layak ke pangkat P3 dengan 9% bonus keuntungan daripada syarikat dinikmati untuk belian 13 unit Biozone Car Sterilizer tersebut

Disamping itu, beliau akan menikmati untung runcit sebagai seorang ahli daripada jualan BioEver RM 30.00 sebotol x 6 botol = RM 180.00 dan keuntungan tunai juga dari 13 unit Biozone iaitu sebanyak RM 25.00 seunit x 13 = RM 325.00.

Walaupun beliau tidak membuat belian bulanan secara berturutan, jumlah nilai mata beliau tetap terkumpul dan tidak terhapus KECUALI jikalau beliau TIDAK memperbaharui keahlian beliau tahun hadapan dengan bayaran pembaharuan RM35.00 (Dahulu syarikat ini menunggu bertahun-tahun untuk memansuhkan keahlian, namun sekarang tidak lagi).

--------------------

Ingin saya tegaskan, saya tidak memerlukan kalian membuat sebarang bentuk pinjaman untuk menyertai perniagaan bersama saya. Juga tidak perlu bergolok-gadai harta benda untuk bersama Hai-O Marketing. Ini di atas kesedaran saya sendiri tentang riba dan cukuplah dengan pinjaman perumahan, kereta, PTPTN dan lain-lain lagi yang perlu ditanggung.

Apa yang diperlukan ialah sekeping hati yang cekal dan telus untuk mencari rezeki.  Biarlah berdikit, asalkan kenal jerih-perih orang berniaga. Apa gunanya 'short-cut' jikalau Allah SWT tidak redha. Saya tidak mahu menjerumuskan sesiapa pula dengan tiket 'short-cut' ini dan Insha Allah, Allah SWT akan membantu usaha yang kurang 'glamour' ini.

Jikalau berkenan, saya di sini amat berbesar hati untuk berkongsi segala info dan maklumat tentang produk yang saya tahu. Pesan saya, istikharahlah dahulu sebelum kalian menyerahkan hatta RM60.00 untuk bersama saya (RM 50.00 untuk yuran keahlian pertama kali dan RM10.00 saya cas untuk dua kali pengeposan dokumen) tidak kiralah sebagai ahli biasa ataupun agen drop-ship).


Sekian,

Wassalam WBT




Monday, 9 December 2013

Pentingnya Mengemaskini Blog

Teks: Siti Nurulhusna Hashim

Bismillah

Assalamualaikum WBT

Isnin yang ceria kembali lagi! Saya suka hari Isnin dan tiada istilah 'Monday Blues' dalam hidup saya. Setiap hari adalah barakah dan saya mahu lebih baik dari sebelumnya. Kesalahan dahulu kita tinggalkan dan tekadkan azam untuk jadi yang terbaik. Saya yakin Allah SWT sukakan hambaNya yang ingin melakukan kebaikan.

Insha Allah blog ini akan mulai padat dengan informasi sedikit masa lagi. Dan saya kini membuka khidmat blogging untuk usahawan-usahawan Hai-O yang super sibuk dan mahu meningkatkan kualiti dan profesionalisme blog mereka. Walaupun kita di laluan yang sama, setiap orang mempunyai kepakaran dan fokus yang berbeza tidak mengira pangkat apa yang kalian miliki sekarang.

Bagi rakan-rakan niaga yang mahu menambah ilmu dan buat sendiri blog, bolehlah mendaftar di borang tempahan saya dan memilih pakej apa yang berkenan di hati. Saya sendiri belajar di Kelas Asas Blog dan Penulisan secara online dan Alhamdulillah boleh memperkembangkan lagi blog-blog yang lain dari blog yang asal. Umpamanya belajar satu dapat lima, belajar satu dapat dua puluh. Antara kelas lain yang disediakan ialah Kelas Asas Blog dan Fanpage, Kelas Beriklan di mudah.my yang Insha Allah dapat membantu perniagaan kita ini.

Saya tidak katakan dengan mendaftar ke kelas akan meningkatkan jualan, namun apalah ertinya jika berniaga kita tidak maksimakan segala peluang yang ada? Jikalau sudah stabil dan berniaga hanya suka-suka, jadi kongsikanlah rahsia kejayaan itu melalui blog. Mudah-mudahan boleh memberi manfaat kepada masyarakat dan kita harus tahu berkongsi ilmu juga adalah cabang-cabang rezeki.

Memang memulakan blog adalah percuma, tetapi lihat sahaja blog kita yang tersadai tidak dikendalikan dengan baik, alangkah ruginya. Di sinilah analisa oleh pengasas dan guru-guru kelas dapat membantu kita menulis setiap hari dalam 'niche' yang kita fokuskan agar blog kita menjadi rujukan kepada umum. Rujukan yang menawan hati seterusnya akan membuatkan pembaca melekat dan mengikuti kita dan dengan kesedaran yang kita sebarkan itu mana tahu akan membuka hati pembaca untuk mencuba seperti kita juga?

Oleh itu pilih untuk bertindak atau tidak, semua di tangan kalian.

Sekian,

Wassalam WBT

Sunday, 8 December 2013

Berkenalan dengan Saya- DDM Nurulhusna

Teks: Siti Nurulhusna Hashim

Bismillah

Assalamualaikum WBT

Saya ialah seorang Ummi yang sedang membangunkan Produk Sejukbeku Muslim bersama suami, Produk Jahitan dan Produk Hai-O Marketing. Juga membantu Guru Online mengendalikan kelas online. Alhamdulillah dengan KekuatanNya juga saya berpeluang mengendalikan perniagaan Hai-O Marketing melalui blog ini yang merupakan cabang blog dari Ibu Rumah Blog saya iaitu Blog Idea Jimat Masa yang saya pelajari daripada Kelas Asas Blog dan Penulisan.

Asalan blog Testimonial Produk Hai-O Marketing ini ialah sebuah blog yang saya bina dua tiga tahun yang lalu namun tiada sambutan kerana saya tidak tahu gaya bahasa yang sesuai dan profesional untuk blog. Lalu blog itu saya 'delete' sahaja. Alhamdulillah, dengan Kelas Asas Blog dan Penulisan yang saya sertai secara online memberikan saya semangat baru untuk meneruskan perjuangan ke pentas jutawan CDM. 

Bergelar DDM sekarang, Insha Allah perkara-perkara dan pengalaman yang berguna berkaitan perniagaan jualan langsung akan saya kongsikan. Testimonial-testimonial adalah 100% daripada saya sendiri kerana selain menjual, dalam masa yang sama, saya adalah pengguna produk Hai-O M yang bereksperimen setelah menggali ilmu daripada pakar-pakar produk. 

Perlu saya ingatkan, tulisan dan catatan di dalam blog ini bukanlah pendapat daripada pengamal perubatan tetapi ia adalah alternatif kepada dunia pencegahan dan perawatan kesihatan khususnya kepada manusia. Saya yakin dengan Sabda Nabi SAW bahawa "Setiap penyakit ada penawarnya" dan kita haruslah berikhtiar mencari yang serasi dengan kita.

Penjualan produk di laman blog ini adalah dengan harga ahli dan kos pengeposan ditanggung pembeli. Saya mengalu-alukan surirumah yang ingin mencari pendapatan tambahan dengan produk syarikat ini di bawah saya samada menjadi ahli biasa, agen berdikari, mahupun agen drop-ship. Bagi saya, tiada jalan yang mustahil untuk berjaya.

Akhir kata, diharapkan dunia Hai-O Marketing semakin rancak dan terus maju dengan persaingan yang sihat. 

Sekian, 

Wassalam WBT





Saturday, 7 December 2013

Menjadi Ahli, Boleh! Tak Mahu Jadi Ahli Pun Boleh!

Teks: Siti Nurulhusna Hashim

Bismillah

Assalamualaikum WBT

Tuan-tuan dan Puan-puan yang di Rahmati Allah SWT, saya mengalu-alukan sekiranya kalian berminat mahu menyertai saya sebagai rakan kongsi ataupun menjadi ahli berdaftar Hai-O Marketing. Berikut merupakan langkah-langkahnya:

1. Sila buat pembayaran yuran permulaan sebanyak RM 60.00 ( RM 10.00 untuk surat-menyurat dan RM 50.00 yuran keahlian Hai-O M)

07140111469521
CIMB
SITI NURULHUSNA HASHIM

157081308802
MAYBANK
SITI NURULHUSNA HASHIM

2. Isi borang tempahan selengkapnya dengan bukti bayaran dengan memilih opsyen "Pendaftaran Keahlian".

3. Borang dan dokumen yang perlu diisi akan di pos.

4. Lengkapkan dokumen dan poskan kembali beserta dengan
    a) Salinan K/P
    b) Muka Hadapan Buku Bank
    c) Borang keahlian yang telah lengkap diisi dan bertanda tangan.

Jikalau tuan-tuan dan puan-puan tidak mahu sebarang komitmen dan tetapi mahu menikmati harga ahli semasa pembelian produk di stokis yang berhampiran, saya mengizinkan tuan-tuan dan puan-puan menggunakan Kod Pengedar saya iaitu : 468775. Terima Kasih.

Sekian,

Wassalam WBT

Friday, 6 December 2013

Tips Bisnes ala Drop-Ship yang Strategik

Teks: Siti Nurulhusna Hashim

Bismillah

Assalamualaikum WBT

Salam Jumaat yang barakah kepada semua pembaca. Berniaga online memang mudah dan kebelakangan ini seperti sudah menjadi trend buat peniaga untuk melantik agen drop-ship mereka sendiri.

Macam cara pemilik perniagaan memberi bayaran kepada agen-agen mereka dan di sini saya tampilkan bagaimana caranya untuk menjadi agen dropship bagi Kedai Produk Jimat Belanjawan yang dikelolakan oleh blog Testimonial Produk Hai-O Marketing.

Langkah awalnya sedikit rumit tetapi dijamin permulaan yang super rendah berbanding yang lain dan bonus adalah selamat dan diuruskan secara profesional kerana dibayar sendiri oleh Syarikat Hai-O Marketing terus ke dalam akaun anda! Sangat menguntungkan kerana duit akan masuk dua pusingan ke dalam akaun anda. Yang pertama ialah keuntungan dari harga jualan tolak harga ahli, yang kedua ialah pembayaran bonus daripada syarikat ditambah lagi dengan duit minyak yang tidak perlu anda keluarkan untuk pergi ke pejabat pos.

Cara-cara menjadi Agen Drop-Ship kami:

1. Sila buat pembayaran yuran permulaan sebanyak RM 60.00 ( RM 10.00 untuk surat-menyurat dan RM 50.00 yuran keahlian Hai-O M)

07140111469521
CIMB
SITI NURULHUSNA HASHIM

157081308802
MAYBANK
SITI NURULHUSNA HASHIM

2. Isi borang tempahan selengkapnya dengan bukti bayaran dengan memilih opsyen "Bayaran Agen Drop-Ship".

3. Borang dan dokumen yang perlu diisi akan di pos.

4. Lengkapkan dokumen dan poskan kembali beserta dengan
    a) Salinan K/P
    b) Muka Hadapan Buku Bank
    c) Borang keahlian yang telah lengkap diisi dan bertanda tangan.

5. Anda sudah boleh mulai 'copy' dan 'share' testimonial dari blog ini beserta kredit kepada blog Testimonial Produk Hai-O Marketing dan Kedai Jimat Belanjawan. Anda juga boleh menghebahkan promosi yang dijalankan oleh kedua-dua laman ini.

6. Insha Allah, selepas itu anda mendapat tempahan.

7. Pelanggan buat bayaran dengan harga jualan termasuk kos pengeposan kepada anda.

7. Anda buat bayaran dengan harga ahli dan kos pengeposan ke akaun ini kemudian isi borang tempahan beserta bukti bayaran dan alamat pelanggan.

07140111469521
CIMB
SITI NURULHUSNA HASHIM

157081308802
MAYBANK
SITI NURULHUSNA HASHIM

8. Barang akan di poskan kepada pelanggan

9. Tunggu bonus masuk awal bulan depan

10. Ulang langkah 5 hingga 9

--------------------------------------------

10 langkah yang menguntungkan lagi strategik! Bagi yang berminat menambah pendapatan yang boleh dikatakan pendapatan pasif ini, silalah SMS saya di 017-9453559 untuk pertanyaan.

Sekian,

Wassalam WBT

Thursday, 5 December 2013

Garam Buluh Melindungi Permukaan Perut Bayi

Teks: Siti Nurulhusna Hashim

Bismillah

Assalamualaikum WBT

Syukur semalam adik Lina sudah genap dua bulan dan seperti ibu-ibu yang lain, saya akan ke klinik mendapatkan imunisasi untuknya. Di dalam hati kecil saya bimbang juga sekiranya anak kecil ini demam selepas disuntik, namun tabahkan hati. Maafkan saya jika ada yang kegelian membaca testimonial ini, namun inilah ertinya 'testimonial'; cerita benar untuk dikongsikan buat manfaat semua, bukan?

Setelah disuntik, cepat-cepat saya suapkan ubat demam seperti yang disarankan jururawat dan saya tidak tahu apa yang tidak kena, Lina mulai kerap membuang air besar dan membimbangkan saya, keluar bersamanya lendir-lendir seperti hingus. "Sudahlah, adik sakit perut ni", kata saya di dalam hati. Saya sudah melalui pengalaman yang sama dengan abangnya si Lina. Juga kerap buang air besar beserta lendir selepas makan ubat demam. Jikalau lambat bertindak memang cirit-birit lah jawabnya.

Pernah juga saya ke klinik pakar, namun ditempelak doktor kerana katanya saya lambat memberi anak minum susu. Aduhai. Ketepikan hal itu kerana yang terjadi berulang kali  adalah perkara yang sama setelah menelan ubat itu. Adakah ianya hanya kebetulan? Saya bukan ahli dalam bidang perubatan, namun saya lulusan Biologi. Saya faham tentang betapa nipisnya perut si bayi. Bayangkan usianya baru mencecah dua bulan, makanan yang melapik dinding perutnya hanyalah susu ibu yang kandungan airnya adalah lebih banyak dari yang lain.

Makanan yang 'lembut' ini memang sesuai dengan perut bayi yang lembut. Masalahnya bagi saya, perut anak-anak saya kurang sesuai dengan komposisi kimia ubat demam tersebut. Dipendekkan cerita, terus saya 'colekkan' sedikit garam buluh dan saya biar Lina menghisapnya. Alhamdulillah, tiada lagi lendir yang keluar bersama najis. Semuanya kelihatan normal.

Begitu juga halnya dengan si abang jikalau mengalami berak cair yang kerap. Saya akan campurkan sedikit garam buluh ke dalam susunya. Tidak banyak; hanya secubit dan diberi secara kerap kerana abang sudah bijak merasa. Lain sedikit dari rasa susu, pasti dia luahkan kembali.

Sekian perkongsian mengenai garam buluh.

Wassalam WBT.

Saturday, 30 November 2013

Pencerahan Dua Bulan Percutian Alam Maya - Siri II (Tentang Garam)

Teks: Siti Nurulhusna Hashim

Bismillah

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah, si kecil sedang leka bermain masak-masak 'keletung-keletang' bunyinya. Bingit betul bunyinya bila dia mengetuk tudung-tudung periuk sambil mengunyah keropok moni perisa bawang TERSANJUNG (Aduhai membaca nama boleh membuatkan kita tak tahu nak berperasaan bagaimana ketika mengunyah, HAHA!) Cepat-cepat saya menaip sementara dia buat hal sendiri.

Hari ini saya terpanggil hendak menulis berkenaan garam. Saya pernah ajukan soalan kepada beberapa orang, saya tanyakan soalan " Garam itu bersifat alkali atau asid?" Rata-rata tidak mahu melayan kerana begitu mudah jawapannya (ALKALI). Ada sebab kenapa saya tanyakan soalan begini kerana memang benar sepatutnya garam bersifat alkali, rasanya masin dan apa kepentingan garam dalam kehidupan sehinggakan menjadi Sunnah Nabi S.A.W pun mencelup hujung jari kelingking Baginda ke dalam bekas garam dan menghisapnya sebelum menjamah makanan?

Tanpa garam dalam kehidupan bukan sahaja makanan terasa hambar lagi tawar, malah kegunaan dan khasiatnya begitu memberikan impak yang besar dalam dunia ini dari semudah menaikkan rasa makanan sehinggalah ke memberi manfaat perubatan; baik perubatan moden mahupun perubatan Islam. Bila diselidiki, kegunaan garam antara yang lain-lainnya mengikut petua orang-orang lama ialah untuk meluruskan bulu penyapu, membuang habuk yang melekat pada bunga hiasan, mengawet makanan namun kebanyakannya lebih bertumpu kepada memberi manfaat kesihatan. Katalah kita dimasukkan ke hospital, perkara pertama yang dikisahkan ialah 'memasukkan air'. Air apa? Kata doktor, "Air garam". Kita pun angguk. Bila terluka pun doktor buat dressing, cuci dengan 'air garam' juga. Zaman saya bersekolah dahulu, ada adik junior yang taburkan garam kasar penuh satu lantai dorm untuk tujuan perubatan katanya. Beliau selalu diganggu saka datang minta makanan malam-malam. Punyalah seram waktu itu; tapi lihatlah ini garam, itu garam. Bukan kita sahaja, malah mat-mat dan minah-minah saleh pun kalau memasak tidak mengira apa dimasak, sikit-sikit SALT and pepper, SALT and pepper, SALT and pepper

Kenapa Allah S.W.T menjadikan permukaan bumi kita ini majoritinya dilitupi air laut yang masin? Air sungai yang memberi pelbagai 'rasa' akhirnya mengalir ke dalam laut sebelum disejat dan dikembalikan dalam bentuk air hujan? Dalam bahasa mudah dan secara ringkasnya, setiap aktiviti makhluk di bumi menghasilkan bahan buangan; dan sisa yang bersatu di dalam air akhirnya bersifat asid bila diuji. Sebenarnya sifat alkali bagi garam itulah yang menjadikannya begitu penting dalam hidup kita. Apabila sesuatu yang bersifat asid bercampur dengan bahan yang bersifat alkali dalam nisbah yang tertentu, ia akan menghasilkan produk akhir yang samada neutral, berasid dan beralkali. Logiknya, 97% komposisi air masin di bumi kita ini sudah tentu boleh menukarkan air yang keasidan kepada kealkalian.

Jika dikecilkan skop dalam konsep yang sama, dalam memastikan kesihatan tubuh badan, adalah penting bagi kita memelihara kealkalian tubuh kerana rata-rata jangkitan atau penyakit amat gemar keadaan yang berasid. Kuman-kuman dan benda-benda seni yang memudaratkan rata-rata perlu persekitaran yang berasid untuk berkembang dan telah kita ketahui, perut kita merembeskan asid untuk mencernakan makanan. Makanan pula, boleh katakan semuanya bila diuji menunjukkan sifat asid. Asid ditambah dengan asid, maka makin bertapuk-tapuklah asid dalam badan kita. Itulah punca segalanya bermula dari perut, kata orang 'tua-tua' ada benarnya.

Memperhalusi hikmah di sebalik Sunnah Nabi S.A.W yang menghisap sedikit garam sebelum makan dan membawa bekalan garam untuk bermusafir dan menghisapnya sekali-sekala ialah untuk memelihara diri daripada mendapat sakit. Ketajaman asid dalam perut yang kosong telah dikurangkan dan ini mencegah keracunan makanan malahan memberi peluang untuk badan menyerap mineral dan khasiat dari garam ke dalam darah terlebih dahulu sebelum zat yang lain-lainnya. Antara jenis garam yang sangat diperlukan oleh badan ialah Kalsium (Ca), Fosforus (P), Kalium (K), Sulfur (S), Klorin (Cl), Natrium (Na) dan Magnesium (Mg) yang mempunyai fungsi tersendiri untuk memastikan sistem tubuh kita dalam keadaan yang betul dan baik. 

Namun malang sekali, sumber asli garam telah terlampau dibebani pencemaran dan akibatnya kita mengkonsumsi garam yang percaya atau tidak; bersifat ASID! Maka tidak hairanlah penyakit tiga serangkai, obesiti, kanser dan lain-lain disinonimkan dengan kelompok masyarakat yang menjengah ke alam dewasa. Begitu sinonim sehinggakan kita merasa 'terbiasa' bila mendengar sesiapa sahaja diperiksa doktor pulang bertemankan label pesakit itu dan ini. Ini belum dikira penyakit-penyakit lain seperti sakit kulit, cirit-birit, demam, selsema, migrain dan lenguh-lenguh badan yang kita kategorikan dalam kategori 'OK lagi'. Saya pernah mencuba, membeli garam biasa yang rata-rata masyarakat kita guna setiap kali untuk memasak, kemudian ke kedai ikan hiasan membeli 'pH Tester' dan menguji sejauh mana kebenaran garam yang kita gunakan tidak lagi bersifat alkali. Hasilnya mengejutkan kerana bukan sahaja garam-garam ini TIDAK sekurang-kurangnya bersifat alkali lemah, tetapi terus menunjukkan sifat ASID! Sila teliti gambar perbandingan dua jenis garam yang saya telah uji di bawah:
Dari kiri: Gambar dua jenis garam selepas dititis dengan larutan pH Tester. Garam buluh (menghasilkan warna UNGU = Beralkali; dan garam memasak biasa menghasilkan warna KUNING= Berasid). Kemudian saya tambahkan air paip biasa sahaja dan menghasilkan larutan KEBIRUAN yang bersifat alkali. Nisbah garam biasa dan garam buluh dalam larutan ialah 10:1.

Untuk makluman pembaca, garam buluh yang saya gunakan untuk ujikaji di atas ialah Garam Buluh Hai-O yang boleh didapati di dalam botol khusus untuk memasak dan di dalam kotak terdiri daripada pek-pek kecil yang dibancuh atau dilarutkan sebelum diminum bahkan juga untuk kegunaan lain seperti mencuci luka atau jangkitan kuman. Apa yang istimewanya Garam Buluh Hai-O? Berikut adalah maklumat dari syarikat Hai-O Marketing yang saya petik:

"Hai-O Garam Buluh menggunakan garam dijemur di bawah matahari yang berorganik dan 100% semulajadi daripada Korea sebagai ramuan utamanya. Garam semulajadi ini dimasukkan ke dalam buluh yang berusia tiga tahun, kemudian ditutup dengan tanah liat, dimasukkan ke dalam relau bagas, dan dibakar dengan pokok pine. Proses pembakaran dapat meneutralkan atau menyingkirkan bahan berbahaya seperti logam berat dan kotoran yang ada dalam garam, manakala intipati pokok pine (resin pine, minyak pine) dan buluh (200 lebih jenis elemen surih yang diperlukan oleh badan) bercampur ke dalam garam dan menambahkan kandungan ion logam inorganik yang diperlukan oleh badan manusia seperti magnesium, kalsium, kalium, kuprum, ferum, zink dan sebagainya. Nilai nutrisinya adalah lebih tinggi daripada garam laut."

Di bawah ini ialah tindakbalas setelah mengambil Garam Buluh Hai-O: 

1. Menyingkirkan toksin dalam badan misalnya (logam berat, bahan kimia, bakteria, bahan buangan metabolisme, keracunan asid, radikal bebas).



2. Menguatkan peristalsis saluran usus, menyingkirkan najis yang lama terkumpul dalam usus.



3. Membekalkan bahan mineral dan elemen surih kepada badan manusia.



4. Menyelaras fungsi badan supaya sistem badan dapat beroperasi secara normal.

5. Menyelaras keseimbangan pH badan, mengembalikan susuk badan yang beralkali lemah.

6. Meningkatkan daya pemulihan badan.

Secara peribadinya, saya menggunakan Garam Buluh keluaran Hai-O ini untuk menyahtoksik, menurunkan berat badan, meredakan cirit-birit dan mencuci luka pembedahan. Insha Allah saya akan kongsikan dalam entri yang khusus tentang pengalaman saya menggunakan garam yang bermutu tinggi ini. Selalunya saya akan bawa beberapa pek kecil sebagai persediaan sebelum balik kampung tau ke mana-mana; maklumlah bila beralih angin, ada sahaja yang tidak kena dengan perut kami anak beranak. Saya berbesar hati sekiranya para pembaca ingin tahu lebih lanjut mengenai garam buluh ini dan berhasrat menukar dari garam biasa kepada garam buluh yang lebih menyihatkan ini. Boleh tinggalkan pertanyaan di ruangan komentar ataupun berhubung terus dengan saya! Garam ini selamat untuk pesakit hipertensi kerana rendah peratusan Sodium dan tinggi peratusan Magnesium. Sehingga kita berjumpa lagi dan sudikanlah berkunjung ke kedai Produk Jimat Masa saya ya!

Sekian, 

Wassalam WBT

Garam Buluh Cooking Salt: RM 53.00, Garam Buluh Premier Drink RM 128.00


Pencerahan Dua Bulan Percutian Alam Maya - Siri I (Kisah Minyak Enjin)

Teks: Siti Nurulhusna Hashim

Bismillah

Assalamualaikum W.B.T.

Sidang pembaca yang dikasihi, pertama sekali tajuk entri Pencerahan Dua Bulan Percutian Alam Maya adalah berkenaan aktiviti harian yang tidak sempat saya rekodkan dalam blog Idea Jimat Masa selama menyepikan diri bermula penghujung Ramadhan Al-Mubarak yang lalu sehingga kini. Rugi kalau saya tidak ceritakan kerana perkongsian ini bagi saya amat bermanfaat kepada pembaca di luar sana; alkisahnya minyak enjin.

Bagi saya yang kurang arif dalam hal berkenaan kereta, pemilihan minyak enjin atau minyak hitam yang berkualiti adalah amat penting supaya kereta tidak meragam atau diserang demam kura-kura yang berlarutan sehingga memakan kos yang lebih tinggi untuk membaikinya. Nak pula baru-baru ini kita dikejutkan dengan kenaikan harga minyak RON95 sebanyak RM0.20 seliter; mungkin sebahagian atau lebih dari kita terpaksa mencatu dan berkira-kira dalam perbelanjaan seharian. Sudah tentu kita berdoa dan terus berdoa supaya kereta kita tidak buat hal. Sudahlah lepas berhari raya sakan, kini kita menunggu kedatangan Aidil Adha yang mulia pula.Tidak mengapalah, yang penting kita terus berusaha dengan gigih dan setiap cabaran itu mempunyai hikmah disebaliknya.

Kereta yang saya sekeluarga gunakan usianya sudah 5 tahun lebih dan sejarahnya penuh onak duri. Pernah 'dipinjam' oleh beberapa kenalan dalam tempoh yang lama dan diservis dengan bermacam-macam minyak hitam. Waktu itu kami ada kereta lain dan merancang menjualnya. Namun jodohnya tetap dengan kami. Bila dapat kembali ke tangan kami, kami pulihkan semula sedikit demi sedikit bermula dengan 'jantung'nya memandangkan pemanduannya tidak selicin sebelum digunakan oleh tangan-tangan lain. Tidak perlu dinyatakan minyak apa yang mereka gunakan kerana kami terus servis enjinnya dan minyaknya kami gunakan ialah Hai-O JTX1000 dan JTX5000. Alhamdulillah, prestasi enjin memuaskan hati kami kembali dan pemanduan menjadi lebih tenang bahkan menjimatkan penggunaan minyak.

Gambar dari laman rasmi Hai-O Marketing


Pengalaman saya hampir 5 tahun menggunakan minyak enjin ini untuk pelbagai jenis kereta ternyata menghilangkan kebimbangan tentang kemerosotan prestasi enjin dalam jangkamasa yang panjang. Enjin senyap kerana geseran dikurangkan dan pemanduan jarak jauh sangat menyelesakan. 'Pick-up' pun bagus apabila hendak memotong di Bukit Grik dan sangat sesuai dengan kami warga Balik Pulau. Naik turun bukit perkara biasa, kalau enjin tak bagus, kebarangkalian mengundang masalah di tengah-tengah bukit memang tinggi. Minyak ini bukan sahaja memelihara enjin bahkan dalam kes saya di atas, boleh memulihkan enjin yang nazak. Kenapa nazak? Kerana minyak enjin yang kita gunakan kebanyakannya mengakibatkan pengoksidaan dan mengumpul keladak. Bunyinya macam orang sesak nafas kan? Seperkara lagi yang saya sedar ialah enjin seakan-akan 'sejuk' dan stabil sepanjang pendakian berjam-jam tersebut dibandingkan sebelum diservis dengan JTX kembali, habanya terasa sehingga ke dalam kereta dan amat membimbangkan saya. Penghawa dingin pun tidak terasa dek bonet depan panas seperti pemanggang. Sekali sekala terbau bau hangit. Tak tahulah suami sedar atau tidak. Kini Alhamdulillah tidak lagi dan saya yakin dengan ikhtiar menukar kembali kepada minyak enjin yang berkualiti ini.

Mengimbas kembali zaman bujang, saya banyak berkelana dan berulang-alik Utara ke Selatan, Utara ke Pantai Timur, memang benar kelajuan yang boleh dicecah adalah luarbiasa. Bukan saya menggalakkan pembaca memandu laju tetapi yang biasa saya cuba ialah kemampuan kenderaan kita akan membuatkan kita ternganga (habis meter pon, kenderaan masih 'steady' di jalan biasa mahupun di selekoh) Sila ambil kira keadaan jalanraya dan tayar juga ya. Tetapi memang Insha Allah ia, kerana tidak kira kenderaan jenis apapun prestasinya dapat ditingkatkan! Namun sekarang saya mengamalkan pemanduan selamat, tidak mahu mengikut darah muda walaupun keadaan kereta baik-baik sahaja kerana fobia kemalangan walaupun ketika itu orang lain yang memandu. Pesan saya jika berkelana, biarlah kita yang memandu kerana malang tidak berbau sekiranya menyerahkan stereng kenderaan kita kepada yang kurang arif  dan kurang peka keadaan kenderaan dan juga faktor luaran seperti cuaca dan keadaan jalan.

Bagi yang tertanya-tanya, rangkaian minyak enjin JTX juga sesuai untuk motosikal dan amat ideal untuk kenderaan yang menggunakan enjin Diesel, NGV dan Petrol. Jika mahukan penjimatan dan mengurangkan ragam kenderaan, beralihlah ke minyak enjin Hai-O JTX seperti saya. Selalunya sebotol JTX 1000 tidak habis dipakai dan bakinya saya kumpul sehingga cukup sebotol pula. Jimat kan? (Nak tahu, minyak yang belum diguna yang saya kumpul itu pernah dicuri mekanik. Awal sebelum menukar minyak, dia membaca dan membelek botol minyak JTX saya itu! Saya tidak sedar sehingga pulang ke rumah, baik botol kosong mahupun botol simpanan kedua-duanya tiada) Nampak benar dia arif dan tahu membezakan yang mana berkualiti dan yang mana tidak.

Oleh itu, tanpa membuang masa lagi, sidang pembaca yang dikasihi, saya mengalu-alukan anda berkunjung ke kedai mukabuku saya dan bagi yang berminat, anda boleh mendaftar untuk menjadi pengedar terbimbing.

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.571357982913858.1073741826.457111861005138&type=3

PM atau SMS saya di 0179453559.
E-mail snurulhusnahashim@gmail.com


Sekian,

Kita fikir hanya perlu satu alasan untuk kecundang walhal ada seribu cara untuk berjaya!

Wassalam.

Promosi Jimat Besar-besaran Sempena Awal Muharram!

Teks: Siti Nurulhusna Hashim

Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah, sempena menyambut Tahun Baru Hijri 1435, saya ingin melancarkan promosi besar-besaran rangkaian Produk Jimat Belanjawan saya. Produknya Alhamdulillah hebat dan terbukti berkesan. Jangan ketinggalan! Harga runtuh murah dari HARGA AHLI! Insya Allah promosi tamat 10 Muharram bersamaan 14 November 2013 :)






Atau boleh lawati Facebook rasmi saya untuk pertanyaan lanjut. Nikmati harga ahli untuk lebih penjimatan dengan hanya RM50!!
https://www.facebook.com/DuluCantikSekarangVogueGedevasssss

Sekian semoga berjumpa di lain masa.

Wassalam wbt