Teks: Siti Nurulhusna Hashim
Bismillah
Assalamualaikum WBT
Isnin yang ceria kembali lagi! Saya suka hari Isnin dan tiada istilah 'Monday Blues' dalam hidup saya. Setiap hari adalah barakah dan saya mahu lebih baik dari sebelumnya. Kesalahan dahulu kita tinggalkan dan tekadkan azam untuk jadi yang terbaik. Saya yakin Allah SWT sukakan hambaNya yang ingin melakukan kebaikan.
Insha Allah blog ini akan mulai padat dengan informasi sedikit masa lagi. Dan saya kini membuka khidmat blogging untuk usahawan-usahawan Hai-O yang super sibuk dan mahu meningkatkan kualiti dan profesionalisme blog mereka. Walaupun kita di laluan yang sama, setiap orang mempunyai kepakaran dan fokus yang berbeza tidak mengira pangkat apa yang kalian miliki sekarang.
Bagi rakan-rakan niaga yang mahu menambah ilmu dan buat sendiri blog, bolehlah mendaftar di borang tempahan saya dan memilih pakej apa yang berkenan di hati. Saya sendiri belajar di Kelas Asas Blog dan Penulisan secara online dan Alhamdulillah boleh memperkembangkan lagi blog-blog yang lain dari blog yang asal. Umpamanya belajar satu dapat lima, belajar satu dapat dua puluh. Antara kelas lain yang disediakan ialah Kelas Asas Blog dan Fanpage, Kelas Beriklan di mudah.my yang Insha Allah dapat membantu perniagaan kita ini.
Saya tidak katakan dengan mendaftar ke kelas akan meningkatkan jualan, namun apalah ertinya jika berniaga kita tidak maksimakan segala peluang yang ada? Jikalau sudah stabil dan berniaga hanya suka-suka, jadi kongsikanlah rahsia kejayaan itu melalui blog. Mudah-mudahan boleh memberi manfaat kepada masyarakat dan kita harus tahu berkongsi ilmu juga adalah cabang-cabang rezeki.
Memang memulakan blog adalah percuma, tetapi lihat sahaja blog kita yang tersadai tidak dikendalikan dengan baik, alangkah ruginya. Di sinilah analisa oleh pengasas dan guru-guru kelas dapat membantu kita menulis setiap hari dalam 'niche' yang kita fokuskan agar blog kita menjadi rujukan kepada umum. Rujukan yang menawan hati seterusnya akan membuatkan pembaca melekat dan mengikuti kita dan dengan kesedaran yang kita sebarkan itu mana tahu akan membuka hati pembaca untuk mencuba seperti kita juga?
Oleh itu pilih untuk bertindak atau tidak, semua di tangan kalian.
Sekian,
Wassalam WBT