Siapa Saya?

Teks: Siti Nurulhusna Hashim

Bismillah

Assalamualaikum WBT

Saya ialah seorang Ummi yang sedang membangunkan Produk Sejukbeku Muslim bersama suami, Produk Jahitan dan Produk Hai-O Marketing. Juga membantu Guru Online mengendalikan kelas online. Alhamdulillah dengan KekuatanNya juga saya berpeluang mengendalikan perniagaan Hai-O Marketing melalui blog ini yang merupakan cabang blog dari Ibu Rumah Blog saya iaitu Blog Idea Jimat Masa yang saya pelajari daripada Kelas Asas Blog dan Penulisan.

Asalan blog Testimonial Produk Hai-O Marketing ini ialah sebuah blog yang saya bina dua tiga tahun yang lalu namun tiada sambutan kerana saya tidak tahu gaya bahasa yang sesuai dan profesional untuk blog. Lalu blog itu saya 'delete' sahaja. Alhamdulillah, dengan Kelas Asas Blog dan Penulisan yang saya sertai secara online memberikan saya semangat baru untuk meneruskan perjuangan ke pentas jutawan CDM. 

Bergelar DDM sekarang, Insha Allah perkara-perkara dan pengalaman yang berguna berkaitan perniagaan jualan langsung akan saya kongsikan. Testimonial-testimonial adalah 100% daripada saya sendiri kerana selain menjual, dalam masa yang sama, saya adalah pengguna produk Hai-O M yang bereksperimen setelah menggali ilmu daripada pakar-pakar produk. 

Perlu saya ingatkan, tulisan dan catatan di dalam blog ini bukanlah pendapat daripada pengamal perubatan tetapi ia adalah alternatif kepada dunia pencegahan dan perawatan kesihatan khususnya kepada manusia. Saya yakin dengan Sabda Nabi SAW bahawa "Setiap penyakit ada penawarnya" dan kita haruslah berikhtiar mencari yang serasi dengan kita.

Penjualan produk di laman blog ini adalah dengan harga ahli dan kos pengeposan ditanggung pembeli. Saya mengalu-alukan surirumah yang ingin mencari pendapatan tambahan dengan produk syarikat ini di bawah saya samada menjadi ahli biasa, agen berdikari, mahupun agen drop-ship. Bagi saya, tiada jalan yang mustahil untuk berjaya.

Akhir kata, diharapkan dunia Hai-O Marketing semakin rancak dan terus maju dengan persaingan yang sihat. 

Sekian, 

Wassalam WBT







----------------------------------------------------------


Semua catatan di sini adalah untuk manfaat semua dan untuk menggunakan segala isi kandungan blog ini, puan-puan dan tuan-tuan bolehlah menulis sedikit kredit untuk 'Blog Testimonial Produk Hai-O Marketing', penulis 'Siti Nurulhusna Hashim'. Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment