Wednesday, 26 March 2014

Rangkaian Marine Essence; BerSPA di Rumah

Teks: Siti Nurulhusna Hashim

Bismillah

Assalamualaikum wbt

Bila teringat cerita emak, zaman anak-anak masih bayi lagi,  emak dan ayah kita mandikan kita, disabun disyampu, wangi dari pagi sampai ke petang. Menjelang petang, bau wangi belum hilang, dimandikannya kita lagi. Memang daki tidak sempat terkumpul di badan kita.

Kemudian, tiba zaman anak-anak; kita sudah pandai mandi sendiri. Disebabkan kita ini kanak-kanak yang gemar mencuba, kita mandi sungai, berkubang, main pasir, main tanah panjat pokok dan sebagainya. Memang 'belemoih' kata orang 'Utagha'. 

Tetapi zaman beralih lagi. Kita menginjak remaja, kita sudah pandai pakai facial foam, conditioner, lip balm semua. Waktu mandi haruslah berjam-jam sampai berkilat bilik mandi kita sental. Ya lah, sudah berlama-lama dalam bilik air, lebih afdhal buatlah keja amal sikit kan!

Bila masuk alam pekerjaan kita sudah mampu pergi spa. Manjakan diri buat 'facial', 'manicure', 'pedicure', urut badan buang toksik buang 'stress'.


Dan jodoh sampai, dalam pada merancang untuk berkahwin perkara di atas menjadi wajib dan lagi kerap lagi bagus. Impian tampil anggun sebagai ratu sehari dan semuanya mesti sesempurna mungkin.

Rezeki datang lagi, disahkan mengandung, beranak kecil, anak jadi prioriti. Hendak pergi spa, baik beli baju anak, hendak melawa hendak itu hendak ini semua 'hold' sekejap sebab anak mesti diutamakan.

'Hold punya hold', sedar tidak sedar anak daripada seorang bertambah seorang lagi. Rezeki Allah Ta'ala. Tenggelam dalam kesibukan, tengok-tengok kulit semua dah berkarat. Sedih!!

Usah bimbang. Produk Jimat Belanjawan dan blog ini menjual produk terrlajak laris di pasaran. Berkualiti mengalahkan rawatan spa!

Yang paling seronok, tuan tuan dan puan puan tak perlu berkongsi sabun dan peralatan dengan orang yang tidak dikenali. 


Kini kesan-kesan kehitaman di pinggang, bawah lengan dan lain-lain semakin beransur hilang.

Mandi yang sekejap itu jom kita manfaatkan dengan produk yang tip top ni!

Marine essence beauty bar,
Marine essence shampoo
Marine essence body wash
Marine essence toothpaste

Insha Allah kulit lembap, cerah sekata, harum dan mulus tau!

Sekian

Wassalam wbt

Monday, 24 March 2014

Pengumuman: Harga Jualan Berkuatkuasa 22 Mac 2014

Bismillah

Assalamualaikum wbt

Selamat tengahari

Pengumuman
Berkuatkuasa 22hb Mac 2014 iaitu hari ini (Sabtu)

Sebarang penjualan di Produk Jimat Belanjawan dan Testimonial Produk Hai-O Marketing akan mengikut garispanduan Hai-O Marketing SDN BHD

MAKA, jualan harga ahli hanya untuk ahli sahaja dan harga jualan ialah untuk pelanggan yang bukan ahli.

Ini demi persaingan sihat di kalangan peniaga peniaga online. Rezeki milikNya dan kita berniaga seadil mungkin Insha Allah. Maafkan saya kerana ilmu ini saya baru faham. 


Jika saya menjual harga ahli, bagaimana pula dengan agen-agen dropship dan ahli-ahli yang baru hendak bertatih di dalam Hai-O Marketing ini?

Apa apa pun jemput PM ya. 

Sekian
Selamat menunaikan fardhu zuhur kawan kawan

Wassalam wbt

Monday, 17 March 2014

Marine Essence Beauty Bar Bukan Sabun Biasa

Teks: Siti Nurulhusna Hashim

Bismillah

Assalamualaikum WBT

Adakah saudara dan saudari mengalami masalah kutil dan tumbuh isi di badan? Tahi lalat yang dahulunya sedikit nampaknya semakin bertambah. Jika tidak gatal mungkin kita tidak perlu risau.

Tetapi jikalau gatal, itu membawa petanda sesuatu yang tidak kena dengan organ yang paling besar pada badan kita ini. Bukan setakat itu, kulit yang tidak sihat mengurangkan keselesaan dan menurubkan keyakinan diri.

Begitu juga dengan masalah jerawat di belakang badan. Aduhai, bagaimana hendak selesaikannya ya?

Yang pertama ialah kalian perlu detoks dengan garam buluh. Boleh minum atau buat 'scrub' pada badan atau di tempat yang bermasalah.

Cara yang paling mudah ialah mandi bersabunkan Marine Essence Beauty Bar. Wangi bak haruman di spa bahkan Insha Allah berupaya mencerahkan kawasan yang gelap akibat daki dan kesan kehitaman semasa mengandung.

Selain itu sabun yang sangat menawan dengan warnanya yang hijau jernih ini juga dapat memejalkan kulit
dan melembabkan kulit.

Dapatkannya! Sempat lagi POLISH diri untuk Aidilfitri 2014 dan bagi bakal mempelai, suami nanti pasti kagum dengan isterinya yang cantik mulus. Jimat, tidak perlu ke spa berhabisan di sana. Di rumah anda boleh berspa dengan SIHAT dan JIMAT!



Sekian

Wassalam WBT

Sunday, 12 January 2014

Supper Lewat Malam dengan White-Coffee Shake Hai-O

Teks: Siti Nurulhusna Hashim
Gambar: Koleksi Peribadi

Bismillah

Assalamualaikum WBT

Pantas sahaja jari-jemari ini menaip. Segar dan bersemangat sesegar bauan White-Coffee Shake yang dibancuh sebentar tadi. Anak-anak sedang nyenyak tidur, jadi Ummi mereka tambah minyak untuk selesaikan tugasan.

Semerbak aroma White-Coffee terhasil dari gabungan biji kopi Arabica dan Robusta yang dipanggang dengan marjerin kemudian diproses sehingga halus dan meminumnya terasa 'lembut bak sutera'.

Bagi penggemar White Coffee, apa kata anda cuba pula White Coffee Shake keluaran Hai-O Marketing. Ianya juga sangat sedap jika dibuat 'ice-blended' atau diminum bersama ais. Nikmatnya, Alhamdulillah.


Sekian,

Wassalam WBT

Saturday, 11 January 2014

Voucher Jimat Belanja!

Teks: Siti Nurulhusna Hashim

Imej: Koleksi Peribadi DDM Nurulhusna

Bismillah

Assalamualaikum

Alhamdulillah, produk Hai-O Marketing memang mendapat sambutan ramai. Saya belum berkesempatan menulis testimonial produk syarikat ini untuk kesemuanya. Insha Allah, saya akan masukkan satu per satu secara berdikit-dikit.

Semakin hari semakin rancak, syukur Ya Allah. Maka di sini saya ingin mengumumkan, PROMOSI TERKINI bagi bulan JANUARI hingga MAC 2014, setiap RM100 pembelian pelanggan daripada blog Testimonial Produk Hai-O Marketing dan Produk Jimat Belanjawan, anda akan dihadiahkan Voucher Pembelian bernilai RM10.00. (Voucher ini boleh digunakan bersendirian mahupun dikumpulkan)

Selain itu, Voucher Pengenalan RM10.00 akan diberikan kepada para pembaca yang meninggalkan alamat lengkap dan nombor telefon di ruangan komen di bawah dengan syarat seorang hanya layak untuk satu Voucher sahaja. (Voucher ini tidak boleh digunakan secara berkembar untuk belian produk)

Oleh itu, gunakan kelebihan Voucher ini sebaiknya untuk penjimatan dengan produk yang berkualiti tinggi. Perlu saya nyatakan, Voucher ini HANYA sah digunakan di kedua-dua kedai maya yang saya nyatakan tadi dan produk yang di'tunai'kan melalui penjimatan voucher tidak akan diberikan voucher.


Sekian

Wassalam WBT

Thursday, 9 January 2014

Cara Merawat Tinea Capitis (Kurap Kepala)

Teks: Siti Nurulhusna Hashim

Imej: Koleksi Peribadi DDM Nurulhusna

Bismillah

Assalamualaikum WBT

Dua tiga menjak ini di Balik Pulau saya lihat ramai kanak-kanak yang dijangkiti kurap kepala. Mungkin kerana mereka berkongsi kedai gunting rambut yang sama agaknya. Bahayanya penyakit jangkitan kurap ini ialah ianya mudah merebak dan menjangkiti perumah baru terutamanya kanak-kanak.

Jangkitan kulat jenis kurap di kepala ini dikenali dengan nama Tinea Capitis. Umum mengetahui jangkitan ini amat sukar dirawat, tambah rumit jika yang dijangkiti itu kanak-kanak di bawah usia 6 tahun kerana kita perlu berjumpa dengan doktor pakar kulit untuk dicadangkan dos ubat yang sesuai. Saya ke kedai 'sen-sei' dan mereka juga tidak berani memberi preskripsi ubat untuk kanak-kank di bawah 6 tahun.

Ubat jenis sapuan yang digunakan untuk merawat jangkitan kulat jenis kurap ini adalah beracun dan diketahui juga ianya mengandungi steroid. Lebih memeningkan kepala, kulat ini liat untuk dihapuskan seterusnya memakan masa hingga berbulan-bulan hingga bertahun untuk sembuh kerana makhluk ini berupaya beradaptasi atau bermandiri dan meniru komposisi perumah dan keadaan persekitarannya.

Jika tidak kena caranya, alamatnya ubat yang digunakan seolah-olah tidak menampakkan kesan kepada kurap kepala ini. Sebenarnya, saya juga menghadapi masalah yang sama apabila anak sulung saya yang berusia setahun lebih dijangkiti Tinea Capitis.

Saya amat risau kerana memang anak ini seorang yang sangat aktif dan jangkitan kulat mengakibatkan rasa gatal kepadanya. Dia tidak berhenti-henti menggaru hingga berdarah dan darah itu bakal membuatkan jangkitan merebak  jika terkena pada tempat yang belum dijangkiti. Bukan sahaja darah, bahkan spora kulat yang kelihatan seperti kelemumur itu juga boleh mengakibatkan jangkitan di kawasan baru.

Memang kasihan kerana jangkitan kurap di kepala menyebabkan rambut mereput di akarnya dan lama-kelamaan akan kawasan tersebut akan botak secara bertompok-tompok. Dengan menyapu ubat antikulat yang beracun, saya perlu tunggu sehingga anak saya tidur lena yang sememangnya mustahil dengan kegatalan itu menyebabkan dia berpusing-pusing di atas tempat tidur. Pernah juga menyapukan ubat tersebut ketika dia sedang jaga, hasilnya, dia menggaru dan kemudian saya perlu kerapkali membasuh tangannya untuk membuang sisa-sisa ubat yang dipegangnya.

Sudahnya saya terus ke stokis membeli Sabun Marine Essence Beauty Bar, Sekotak Garam Buluh dan juga sebotol Marine Essence Hair Shampoo. Lega hati saya kerana saya tidak bimbang lagi anak saya terjilat kesan ubat antikulat tersebut.

Berikut cara saya merawat kurap di kepala dengan menggunakan Produk Hai-O Marketing.

1. Buang spora di kulit kepala. Hati-hati jangan sampai berdarah kerana kulit kepala sangat sensitif.

2. Bilas dengan air suam.

3. Oleskan Sabun Marine Essence Beauty Bar dan gosok perlahan sehingga rata satu kepala dan dengan menumpukan di kawasan sakit. Berhati-hati jangan sampai terkena kuku pula. Biarkan sekejap.

4. Bilas dengan air sebersihnya.

5. Titikkan sedikit air kepada sepeket serbuk Garam Buluh Premier Drink dan sapu secara rata di atas kawasan sakit dan keluar sedikit daripada lingkaran tompokan yang tidak berambut itu.

6. Biarkan kering dan bilas dengan Marine Essence Hair Shampoo.

7. Untuk keberkesanan, Garam Buluh Premier Drink juga boleh diminum atau dicampurkan ke dalam jus bagi memudahkan kanak-kanak mengambilnya.

8. Teruskan rawatan biarpun kulat sudah tidak kelihatan, sebolehnya kurap ini dihapuskan hingga ke akar umbi.

Selain itu, langkah-langkah lain yang perlu diambil perhatian ialah dengan menjaga sikat dan bantal pesakit supaya kerap ditukar dan dibersihkan dan elakkan daripada berkongsi. Kita juga sebolehnya elakkan diri daripada menyentuh kawasan jangkitan sekiranya tangan tidak bersih atau ketika di luar langkah merawatnya.

Alhamdulillah, rambut di kawasan jangkitan cepat tumbuh berbanding dengan menggunakan ubat yang berasaskan steroid.
Gambar semasa awal rawatan

Hari yang sama seperti gambar di atas, rambut masih mereput ketika ini



Sekian perkongsian saya, semoga ianya menjadi manfaat kepada kita semua. Kita berusaha, Allah SWT yang menyembuhkan.

Wassalam WBT

Monday, 6 January 2014

Saguhati dari Produk Jimat Belanjawan

Teks: Siti Nurulhusna Hashim

Bismillah

Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah, selesai memasukkan sedikit pemberian kepada penyokong Laman Mukabuku 'Produk Jimat Belanjawan' dan Insha Allah akan diposkan siang nanti.

Perkongsian yang sedikit ini diharapkan boleh memberikan keceriaan kepada kalian yang sangat baik hati menyokong saya apa adanya. Diharapkan seribu Rahmat dan Kegembiraan akan diKurniakan Allah SWT kepada anda sekeluarga, Amin.

Siap tampal alamat, tunggu hendak masukkan 'gift' sahaja.

Salam sayang dari saya.

Sekian,
Wassalam WBT