Teks: Siti Nurulhusna Hashim
Bismillah
Assalamualaikum WBT
Syukur semalam adik Lina sudah genap dua bulan dan seperti ibu-ibu yang lain, saya akan ke klinik mendapatkan imunisasi untuknya. Di dalam hati kecil saya bimbang juga sekiranya anak kecil ini demam selepas disuntik, namun tabahkan hati. Maafkan saya jika ada yang kegelian membaca testimonial ini, namun inilah ertinya 'testimonial'; cerita benar untuk dikongsikan buat manfaat semua, bukan?
Setelah disuntik, cepat-cepat saya suapkan ubat demam seperti yang disarankan jururawat dan saya tidak tahu apa yang tidak kena, Lina mulai kerap membuang air besar dan membimbangkan saya, keluar bersamanya lendir-lendir seperti hingus. "Sudahlah, adik sakit perut ni", kata saya di dalam hati. Saya sudah melalui pengalaman yang sama dengan abangnya si Lina. Juga kerap buang air besar beserta lendir selepas makan ubat demam. Jikalau lambat bertindak memang cirit-birit lah jawabnya.
Pernah juga saya ke klinik pakar, namun ditempelak doktor kerana katanya saya lambat memberi anak minum susu. Aduhai. Ketepikan hal itu kerana yang terjadi berulang kali adalah perkara yang sama setelah menelan ubat itu. Adakah ianya hanya kebetulan? Saya bukan ahli dalam bidang perubatan, namun saya lulusan Biologi. Saya faham tentang betapa nipisnya perut si bayi. Bayangkan usianya baru mencecah dua bulan, makanan yang melapik dinding perutnya hanyalah susu ibu yang kandungan airnya adalah lebih banyak dari yang lain.
Makanan yang 'lembut' ini memang sesuai dengan perut bayi yang lembut. Masalahnya bagi saya, perut anak-anak saya kurang sesuai dengan komposisi kimia ubat demam tersebut. Dipendekkan cerita, terus saya 'colekkan' sedikit garam buluh dan saya biar Lina menghisapnya. Alhamdulillah, tiada lagi lendir yang keluar bersama najis. Semuanya kelihatan normal.
Begitu juga halnya dengan si abang jikalau mengalami berak cair yang kerap. Saya akan campurkan sedikit garam buluh ke dalam susunya. Tidak banyak; hanya secubit dan diberi secara kerap kerana abang sudah bijak merasa. Lain sedikit dari rasa susu, pasti dia luahkan kembali.
Sekian perkongsian mengenai garam buluh.
Wassalam WBT.
No comments:
Post a Comment