Bismillah
Assalamualaikum W.B.T.
Sidang pembaca yang dikasihi, pertama sekali tajuk entri Pencerahan Dua Bulan Percutian Alam Maya adalah berkenaan aktiviti harian yang tidak sempat saya rekodkan dalam blog Idea Jimat Masa selama menyepikan diri bermula penghujung Ramadhan Al-Mubarak yang lalu sehingga kini. Rugi kalau saya tidak ceritakan kerana perkongsian ini bagi saya amat bermanfaat kepada pembaca di luar sana; alkisahnya minyak enjin.
Bagi saya yang kurang arif dalam hal berkenaan kereta, pemilihan minyak enjin atau minyak hitam yang berkualiti adalah amat penting supaya kereta tidak meragam atau diserang demam kura-kura yang berlarutan sehingga memakan kos yang lebih tinggi untuk membaikinya. Nak pula baru-baru ini kita dikejutkan dengan kenaikan harga minyak RON95 sebanyak RM0.20 seliter; mungkin sebahagian atau lebih dari kita terpaksa mencatu dan berkira-kira dalam perbelanjaan seharian. Sudah tentu kita berdoa dan terus berdoa supaya kereta kita tidak buat hal. Sudahlah lepas berhari raya sakan, kini kita menunggu kedatangan Aidil Adha yang mulia pula.Tidak mengapalah, yang penting kita terus berusaha dengan gigih dan setiap cabaran itu mempunyai hikmah disebaliknya.
Kereta yang saya sekeluarga gunakan usianya sudah 5 tahun lebih dan sejarahnya penuh onak duri. Pernah 'dipinjam' oleh beberapa kenalan dalam tempoh yang lama dan diservis dengan bermacam-macam minyak hitam. Waktu itu kami ada kereta lain dan merancang menjualnya. Namun jodohnya tetap dengan kami. Bila dapat kembali ke tangan kami, kami pulihkan semula sedikit demi sedikit bermula dengan 'jantung'nya memandangkan pemanduannya tidak selicin sebelum digunakan oleh tangan-tangan lain. Tidak perlu dinyatakan minyak apa yang mereka gunakan kerana kami terus servis enjinnya dan minyaknya kami gunakan ialah Hai-O JTX1000 dan JTX5000. Alhamdulillah, prestasi enjin memuaskan hati kami kembali dan pemanduan menjadi lebih tenang bahkan menjimatkan penggunaan minyak.
![]() |
| Gambar dari laman rasmi Hai-O Marketing |
Pengalaman saya hampir 5 tahun menggunakan minyak enjin ini untuk pelbagai jenis kereta ternyata menghilangkan kebimbangan tentang kemerosotan prestasi enjin dalam jangkamasa yang panjang. Enjin senyap kerana geseran dikurangkan dan pemanduan jarak jauh sangat menyelesakan. 'Pick-up' pun bagus apabila hendak memotong di Bukit Grik dan sangat sesuai dengan kami warga Balik Pulau. Naik turun bukit perkara biasa, kalau enjin tak bagus, kebarangkalian mengundang masalah di tengah-tengah bukit memang tinggi. Minyak ini bukan sahaja memelihara enjin bahkan dalam kes saya di atas, boleh memulihkan enjin yang nazak. Kenapa nazak? Kerana minyak enjin yang kita gunakan kebanyakannya mengakibatkan pengoksidaan dan mengumpul keladak. Bunyinya macam orang sesak nafas kan? Seperkara lagi yang saya sedar ialah enjin seakan-akan 'sejuk' dan stabil sepanjang pendakian berjam-jam tersebut dibandingkan sebelum diservis dengan JTX kembali, habanya terasa sehingga ke dalam kereta dan amat membimbangkan saya. Penghawa dingin pun tidak terasa dek bonet depan panas seperti pemanggang. Sekali sekala terbau bau hangit. Tak tahulah suami sedar atau tidak. Kini Alhamdulillah tidak lagi dan saya yakin dengan ikhtiar menukar kembali kepada minyak enjin yang berkualiti ini.
Mengimbas kembali zaman bujang, saya banyak berkelana dan berulang-alik Utara ke Selatan, Utara ke Pantai Timur, memang benar kelajuan yang boleh dicecah adalah luarbiasa. Bukan saya menggalakkan pembaca memandu laju tetapi yang biasa saya cuba ialah kemampuan kenderaan kita akan membuatkan kita ternganga (habis meter pon, kenderaan masih 'steady' di jalan biasa mahupun di selekoh) Sila ambil kira keadaan jalanraya dan tayar juga ya. Tetapi memang Insha Allah ia, kerana tidak kira kenderaan jenis apapun prestasinya dapat ditingkatkan! Namun sekarang saya mengamalkan pemanduan selamat, tidak mahu mengikut darah muda walaupun keadaan kereta baik-baik sahaja kerana fobia kemalangan walaupun ketika itu orang lain yang memandu. Pesan saya jika berkelana, biarlah kita yang memandu kerana malang tidak berbau sekiranya menyerahkan stereng kenderaan kita kepada yang kurang arif dan kurang peka keadaan kenderaan dan juga faktor luaran seperti cuaca dan keadaan jalan.
Bagi yang tertanya-tanya, rangkaian minyak enjin JTX juga sesuai untuk motosikal dan amat ideal untuk kenderaan yang menggunakan enjin Diesel, NGV dan Petrol. Jika mahukan penjimatan dan mengurangkan ragam kenderaan, beralihlah ke minyak enjin Hai-O JTX seperti saya. Selalunya sebotol JTX 1000 tidak habis dipakai dan bakinya saya kumpul sehingga cukup sebotol pula. Jimat kan? (Nak tahu, minyak yang belum diguna yang saya kumpul itu pernah dicuri mekanik. Awal sebelum menukar minyak, dia membaca dan membelek botol minyak JTX saya itu! Saya tidak sedar sehingga pulang ke rumah, baik botol kosong mahupun botol simpanan kedua-duanya tiada) Nampak benar dia arif dan tahu membezakan yang mana berkualiti dan yang mana tidak.
Oleh itu, tanpa membuang masa lagi, sidang pembaca yang dikasihi, saya mengalu-alukan anda berkunjung ke kedai mukabuku saya dan bagi yang berminat, anda boleh mendaftar untuk menjadi pengedar terbimbing.
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.571357982913858.1073741826.457111861005138&type=3
PM atau SMS saya di 0179453559.
E-mail snurulhusnahashim@gmail.com
Sekian,
Kita fikir hanya perlu satu alasan untuk kecundang walhal ada seribu cara untuk berjaya!
Wassalam.

No comments:
Post a Comment