Teks: Siti Nurulhusna Hashim
Bismillah
Assalamualaikum WBT
Apa khabar semua pembaca?Diharapkan anda sihat-sihat sahaja dan sentiasa letakkan pengharapan kepadaNya dalam apa jua keadaan sudah mahupun senang, moga kita sentiasa berada dalam pemerhatianNya. Adalah tersangat rugi jika kita mengeluarkan diri daripada payung Rahmat Ilahi. Pesan yang pertama sekali untuk diri sendiri.
Baiklah, walaupun perniagaan Hai-O Marketing ini sudah dua dekad di tanah air, biarlah saya terangkan sedikit mengenai pangkat ataupun tangga-tangga yang perlu didaki sebelum sampai ke puncak bersama syarikat ini. Peratus Bonus ialah jumlah pulangan balik kepada ahli berdasarkan Nilai Bonus (Bonus Value) belian yang kita buat pada bulan tertentu. Untuk mencapai sesuatu pangkat, kiraan Nilai Mata Terkumpul ( Accumulate Point Value / Total Accumulate Point Value) mestilah seperti di dalam jadual.
Pangkat (Peratus Bonus)/ Nilai Mate Terkumpul
CDM Crown Diamond Manager (41%)/ 2 000 000 PV
DDM Double Diamond Manager (36%)/ 720 000 PV
DSM Diamond Sales Manager (31%) /180 000 PV
SSM Senior Sales Manager (26%)/ 60 000 PV
SM Sales Manager (21%)/ 20 000 PV
P6 Pengedar 6 (18%) /15 000 PV
P5 Pengedar 5 (15%) /6 000 PV
P4 Pengedar 4 (12%)/ 4 000 PV
P3 Pengedar 3 (9%) 3 000 PV
P2 Pengedar 2 (6%) /1000 PV
P1 Pengedar 1 (3%)/ 100 PV
Ahli Biasa (Untung Runcit: Harga jual - Harga Ahli)
Untung Runcit 15- 20%
Bonus Prestasi 3% hingga 41%
Bonus Pembangunan SM 15%
Bonus Wawasan 5%
Bonus Tabung Kereta 3%
Bonus Pemisah CDM 3%
--------------------
Sebagai contoh, En. A mendaftar keahlian dengan RM 50.00 dan membeli 6 botol krim BioEver dengan harga ahli RM1140.00. Maka beliau berada di tangga P2 dengan 6% bonus untuk dinikmati pada awal bulan berikutnya.
Dua bulan kemudian, En. A membuat belian sebanyak 13 unit BioZone Car Sterilizer dengan bayaran RM1950. Maka nilai Mata Terkumpul En. A setakat ini ialah 3090PV dimana En. A layak ke pangkat P3 dengan 9% bonus keuntungan daripada syarikat dinikmati untuk belian 13 unit Biozone Car Sterilizer tersebut
Disamping itu, beliau akan menikmati untung runcit sebagai seorang ahli daripada jualan BioEver RM 30.00 sebotol x 6 botol = RM 180.00 dan keuntungan tunai juga dari 13 unit Biozone iaitu sebanyak RM 25.00 seunit x 13 = RM 325.00.
Walaupun beliau tidak membuat belian bulanan secara berturutan, jumlah nilai mata beliau tetap terkumpul dan tidak terhapus KECUALI jikalau beliau TIDAK memperbaharui keahlian beliau tahun hadapan dengan bayaran pembaharuan RM35.00 (Dahulu syarikat ini menunggu bertahun-tahun untuk memansuhkan keahlian, namun sekarang tidak lagi).
--------------------
Ingin saya tegaskan, saya tidak memerlukan kalian membuat sebarang bentuk pinjaman untuk menyertai perniagaan bersama saya. Juga tidak perlu bergolok-gadai harta benda untuk bersama Hai-O Marketing. Ini di atas kesedaran saya sendiri tentang riba dan cukuplah dengan pinjaman perumahan, kereta, PTPTN dan lain-lain lagi yang perlu ditanggung.
Apa yang diperlukan ialah sekeping hati yang cekal dan telus untuk mencari rezeki. Biarlah berdikit, asalkan kenal jerih-perih orang berniaga. Apa gunanya 'short-cut' jikalau Allah SWT tidak redha. Saya tidak mahu menjerumuskan sesiapa pula dengan tiket 'short-cut' ini dan Insha Allah, Allah SWT akan membantu usaha yang kurang 'glamour' ini.
Jikalau berkenan, saya di sini amat berbesar hati untuk berkongsi segala info dan maklumat tentang produk yang saya tahu. Pesan saya, istikharahlah dahulu sebelum kalian menyerahkan hatta RM60.00 untuk bersama saya (RM 50.00 untuk yuran keahlian pertama kali dan RM10.00 saya cas untuk dua kali pengeposan dokumen) tidak kiralah sebagai ahli biasa ataupun agen drop-ship).
Sekian,
Wassalam WBT
kalau keahlian sudah tamat selama 3 4 tahun, masih boleh sambung tak? ,aksudnya, masih boleh renew?
ReplyDeleteBiasanya jika tidak renew maka keahlian terbatal.. Jika masih berminat boleh daftar semula di bawah leader baru.. Klu berminat blh hubungi saya..
DeleteSaya tak renew 2 tahun, tapi slps ke centre saya boleh terus renew dengan kutipan point dikekalkan dengan syarat kita perlu membayar caj ahli selama mana kita tinggalkan.
Deletesalam.. semoga cdm diberkati Allah
ReplyDeletesalam.. semoga cdm diberkati Allah
ReplyDeleteTahniah CDM, Seronok dengar orang yang dapat mengajar orang lain membuat bisnes tanpa berhutang. MLM itu tidak salah tetapi cara yang buat orang pandang sinis.
ReplyDelete